Selasa, 19 Mac 2013

Sasha Saidin bersama Hadia TimeFaces

 Persediaan didalam TV Makeup bersama Sasha Saidin

Behind The Scene: Seharian bersama Sasha Saidin untuk Pengambaran Program Entri Jameela. Astro Oasis @ Restoran Istana Bamboo,Ampang
 Semasa menjalankan tugasan makeup untuk Program TV, apa yang perlu adalah persediaan kita  mengetahui jenis solekan apa yang sesuai untuk sesebuah program tersebut (bertanya producer) , adakah camera High Defination digunakan atau tidak , anggaran berapa lama wawancara dijalan, lokasi dan lain-lain....
TIPS !

Mengapa perlu kita ambil tahu jenis makeup apa yang sesuai utk program TV & perlukah bertanya kepada producer ?

Kenapa perlu ambil tahu adakah camera High Defination digunakan atau tidak ?

Mengapa perlu tahu anggaran berapa lama wawancara dijalan & lokasi pengambaran ?
* Semua ini akan dikongsikan ketika ANDA mengikuti Kelas2 Solekan Hadia Timefaces.

Solekan dimulakan di bawah sebuah pondok buluh yang cantik & suasana ketika itu amat panas walaupun ada angin bertiup sekali kala. Sepanjang pengambaran ini kesihatan Sasha kurang baik, selsema & batuk.
Solekan untuk Sasha adalah 'Smoky Eye' dengan calitan eyeliner yang nipis serta tiada pemakaian 'Bulu Mata Palsu'.



Calitan eyeliner yang nipis serta lukis bentuk kening Sasha sederhana tebal, ia mengikut bentuk kening asal Sasha sendiri.

Pemilihan tone bedak asas(foundation) adalah 'Warm Tone' untuk Sasha agar kulit wajahnya tidak kelihatan pucat & sekata.

Gibran Agi & Naz's Rum sedang mencari 'Angle' yang sesuai untuk mendapatkan pengambaran suasana yang cantik & tepat. Bekerja dengan Gibran Agi sangat mudah & dia memberi Kepercayaan sepenuhnya kepada Hadia Timefaces & Krew2 nya menjalankan tugasan masing2. Gibran Agi seorang 'teliti' di dalam kerja2nya.
Naz's Rum & Abg. 'Snails' di antara krew2 yang terlibat di dalam pengambaran program 'Entri Jameela'.
Semasa pengambaran sedang dijalankan, sempat juga Hadia Timefaces mengemas peralatan solekan & bersedia untuk menyambung tugasan seterusnya.
Abu Talib, host untuk program 'Entri Jameela' melakukan 'final check' untuk skrip pengacaraannya.
Setelah selesai menyolek Sasha, kini Hadia Timefaces membuat ikatan tudung.

Sasha sempat lagi 'watsup' teman2nya mengenai pengambaran pada hari tersebut serta tidak lupa mentioned nama Hadia Timefaces sebagai Makeup Artist untuknya pada hari tersebut. Thanks Sasha..
Final Touch Up sebelum pengambaran bermula.

Solekan yang sederhan namun masih kelihatan manis untuk Sasha & ikatan tudung yang bersesuai serta ringkas.
Sasha kelihatan cantik manis walaupun tiada pemakaian bulu mata palsu serta pengayaan tudung yang ringkas namun masih menutup aurat.
'Touch Up' untuk 'conti' seterusnya...


Sasha memberi tumpuan kepada Gibran Agi. untuk 'shoots' seterusnya.
Sempat bergurau...
Cuaca ketika itu agak panas..namun tugasan perlu diteruskan..
Talib memberi sedikit penerangan mengenai next topic ..
Sasha, Hadia Timefaces & Talib, masing2 berkongsi cerita & pengalaman...sementara menunggu hidangan yang kami order setelah selesai pengambaran pada petang tersebut.