Selasa, 28 Disember 2010

MAKEOVER 3



















Mengenai Pengantin:

~ Mempunyai jenis kulit Campur (combination skin) di samping itu kulit wajah yang tidak sekata kerana bekas2 jerawat.

~ Wajah harus di bersihkan dahulu sebelum memulakan solekan. Kita harus tahu untuk menutup cela2 di wajah dan membentuk raut wajah agar tidak kelihatan bulat!..Teknik ‘Shading adalah penting untuk menutup kekurangan bentuk wajah pengantin.

~ Pembentukkan kening haruslah bersesuaian dengan bentuk wajah agar ‘Kelembutan’ raut wajah pengantin lebih TERSERLAH!! Anda juga harus tahu bagaimana untuk menutup bulu kening yang tidak dikehendaki di dalam proses pembentukkan/melukis bulu kening , jika pengantin tidak mahu kening mereka dicabut ataupun dicukur!..

~ Pemilihan warna pembayang mata dan juga pemerah pipi haruslah seiring ataupun mempunyai kesesuaian antara satu sama lain dan begitu juga warna lipstik.

~ Walau apa pun jua warna pilihan anda , seharusnya ia bersesuaian dan mengikut ‘TREND’ terkini..TETAPI jangan sehingga keterlaluan!!!.

~ akhir sekali pemilihan pemakaian ‘Tradisional’ haruslah BETUL..jangan sesekali anda cuba untuk mencampur adukan cara pemakaian tradisional dengan moden..Pengetahuan di dalam pakaiaan/persalinan dan aksoseri tradisional haruslah betul dan mengikut tertibnya.

MAKE OVER 2

SEDIKIT MENGENAI PELANGGAN :

~ Kulit wajah jenis kering dan terdapat bekas-bekas jerawat. Terdapat gelangan hitam di bawah mata ‘eyebag’.

~ Inginkan satu solekan yang ‘SIMPLE DAN RINGAN’ pada malam tersebut, kerana di atas permintaan suaminya.

MAKE OVER 1


DINNER MAKEUP ~ ‘BOLLYWOOD NIGHT’

Sedikit Mengenai Pelanggan :

~ Memiliki kulit yang kusam dan tidak bermaya. Terdapat gelangan hitam di bawah mata dan ada tanda-tanda bekas jerawat di wajah. Ingin solekan yang sederhana sahaja untuk malam tersebut.

~ Setelah memberi “SENTUHAN SOLEKAN”, Kini wajahnya kelihatan “BERSERI DAN CERIA”.

~Memenangi tempat Pertama didalam Peraduan ‘Solekan Dan Pakaian Tercantik’ pada malam tersebut.

Selasa, 21 Disember 2010

TIPS MEMILIH FOUNDATION MENGIKUT KULIT ANDA….

RM40


Anda Memiliki : Kulit kusam dan kering.
Anda Ingin : Kulit yang bersinar dan berseri.
Cuba :
Hydrating foundation. Ada pelembab asas yang memberi liputan ringan seperti ‘Tinted Moisturizer’ atau ‘Medium’ ke ‘Full Coverage’ seperti ‘Creamy liquid’ dan ‘Whipped Foundation’. Jauhi dari foundation jenis serbuk debu dan formula ‘Mattifiying’. Jenis ini akan menutup kulit anda dari berminyak dan menjadikan kulit lebih kering dan tidak kelihatan bertompok-tompok.

Anda Memiliki : Kulit Berminyak.
Anda Ingin : Halus, Kulit Matte.
Cuba :
Foundation yang menyerap minyak !. Perhatikan pada istilah-istilah yang terdapat di foundation anda seperti : ‘Oil-Free’, ‘Oil-Reducing Liquid Foundation’(light to medium coverage), sementara ‘Cream Foundation’ dan ‘Compact Foundation’ memberi (full coverage).

Anda Memiliki : Kulit Kombinasi.
Anda Ingin :
Sejenis kulit yang tidak berkilau atau kering.
Cuba : Foundation dengan manik-manik ‘Silica’ dan ‘Lecithin’. Manik-manik Silica menyerap minyak dari T-Zone anda (Dahi, Hidung dan Dagu), sementara Lecithin pula menghidrat di kawasan kering seperti di pipi anda.

TIPS MEMILIH FOUNDATION….

Cari foundation yang mempunyai sedikit asas warna kekuningan(yellowish). Kemungkinan kenyataan ini agak mengejutkan anda, walaupun kulit anda adalah terdiri dari jenis warna pucat atau gelap, kulit wajah anda tetap mempunyai beberapa nada kuning di wajah. (Bahkan kulit anda sangat pucat, peach, merah muda atau warna keputihan (whitish) akan terlihat pucat). Satu ‘foundation’ yang ‘Yellow-Based’ akan dapat sebati dengan cantik terhadap warna kulit wajah anda sehingga kelihatan segar dan sihat. Ini adalah salah satu ‘foundation’ yang patut anda miliki dan menggunakannya..

Tujuan ‘foundation’ diguna adalah untuk menjadikan kulit wajah lebih sempurna dan sekata, bukan mencipta kulit wajah yang baru! Jangan sesekali menggunakan warna yang gelap untuk kelihatan ‘Tanned’ ini kerana ia tidak kelihatan natural. Selalu mencuba untuk mencari warna ‘foundation’ yang tepat untuk tona kulit wajah anda.

Cari Tona Kulit Anda! Tips: Berada di tempat cahaya terang, kemudian calitkan beberapa warna tona ‘foundation’ (shade lighter and one shade darker) dari pipi ke rahang anda dan perlahan-lahan ‘blend it’. Bayangan calitan ‘foundation’ yang anda sapukan tadi tidak kelihatan atau sama dengan warna kulit anda itulah ‘foundation yang TEPAT yang harus anda miliki. Tips: Jika masih sukar untuk mencari warna foundation yang sesuai, cuba pula lakukan perkara yang sama tadi di dahi anda ini kerana kebanyakkan wanita cenderung kulitnya gelap di sekitar rahang. Cubalah Tips ini.