Isnin, 6 Jun 2011

Masalah Jeragat (Pigmentation)

Masalah jeragat ini disebabkan oleh:

- Terkena cahaya matahari yang berlebihan.

- Disebabkan oleh seseorang itu mencuci muka ketika kulit mukanya didalam keadaan radang dan bahang.

- la juga disebabkan oleh seseorang yang memakai alat kosmestik dan tidak membersihkan solekan ya dengan sempurna. Lama-kelamaan bila terkena cahaya matahari, kotoran kimia (chemical) yang ada pada permukaan kulit tadi akan meresap ke dalam kulit dan timbulah kesan lebam-lebam di tempat-tempat yang tertentu. Alat komestik tiruan juga akan menyebabkan berlakunya masalah ini.

- Usia yang lanjut dan tiada keseimbangan hormon akan menyebabkan berlakunya jeragat

Mencuci muka semasa kembali dari perjalanan dengan serta-merta, patut dielakkan kerana apabila kulit yang berada di dalam keadaan bahang dan radang terkena air, ia akan menjadi kecut dan (shock) ini akan menyebabkan timbulnya masalah jeragat pada permukaan kulit.

Cara untuk mengatasinya:

- Apabila kembali dari sebarang perjalanan, kulit muka janganlah dibasuh dengan air sejuk, sebaik-baiknya biarkan kulit muka selama 10-15 minit.

- Cucilah muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka.

- Kalau berjalan disiang hari ketika hari panas terik janganlah memakai alat-alat kosmetik yang terlalu tebal. Memadai menggunakan pelembab yang mengandungi perlindungan dari sinaran Ultra Ungu (sun block moisturizer).

- Jangan sekali-kali memakai alat kosmetik yang tidak sesuai dangan kulit muka dan alat kosmetik tiruan. Tentukan yang anda memilih dari jenama yang bermutu dan yang sesuai dengan kulit muka anda.

- Panahan cahaya matahari yang panas akan mencairkan alat kosmetik yang digunakkan, dimana cairan kosmetik ini akan menjadi sejenis kekotoran. Kekotoran ini terbahagi kepada dua iaitu:

a. Kekotoran yang dikeluarkan oleh minyak asli yang melekat dari habuk- habuk udara.

b. Kekotoran dari bedak yang tidak lagi seperti asalnya tadi. Bila keadaan ini berlaku akan timbul masalah yang lain pula.

Cara-cara membersihkan muka yang terkena kelejagaan.

- Apabila balik dari perjalanan, anda mesti merehatkan muka anda terlebih dahulu diantara 10-15 minit, setelah itu barulah mencuci kulit muka dengan pencuci muka yang bersesuian dengan kulit muka. Dengan cara ini kejelagaan cahaya matahari tidak mudah melekat di permukaan kulit. Sekiranya anda kembali dari perjalanan setelah kulit muka terkena cahaya matahari yang berlebihan dan kemudiannya membasuh terus dengan air dan pencuci muka ia akan mengakibatkan kulit muka akan menjadi lebam, layu dan timbul juga tanda-tanda hitam dan kecoklatan. Selepas kembali dari perjalanan, ambil tisu dan petabkan pada kulit muka perlahan-lahan sehingga habis minyak dan biarkan ia sementara. Apabila sudah bersih cucilah muka dengan air dan pencuci muka yang sesuai, selepas itu ambil sehelai tuala yang bersih, letak sedikit EAU DE C'OLONGE (4711), Sapukan pada kulit muka dan petabkan selama 15 minit.

- Bagi kulit muka yang kering, mula-mula cuci dengan krim yang sesuai , kemudian ambil kapas rendamkan kedalam mangkuk yang berisi dengan air yang dicampurkan dengan air mentimun muda, petabkan perlahan-lahan janganlah disental kuat-kuat. Kemudian ambil tisu (facial tissue) bukakan lapisan, petabkan di muka. Biarkan selama 10-15 minit. Selepas itu sapulah pelembab atau apa-apa cream yang sesuai, adalah di nasihatkan supaya jangan memakai apa-apa make up selama 3-6jam. Ini adalah untuk membolehkan udara keluar dari kulit melalui puri-puri yang dibebaskan tadi.

- Kemudian cuci muka dengan krim yang sesuai seperti krim biasa, gunakan sedikit krim yang lembut atau krim pemutih (whithening cream) dan penyegar (toner). Jangan sekali-kali keluar ke cahaya matahari. Kalau menggunakkan make up, jangan menggunakkan terlalu banyak bedak pada kulit kering dan jikalau kulit muka selalu berpeluh, hendaklah dipetab dengan tisu tetapi jangan digosok.

4 ulasan:

  1. good info..bagaimana nak dapatkan naturactor..dan produk yang dri china atau jepun lebih qualiti

    BalasPadam
  2. Sebemarnya product naturactor drpd Jepun mahupun China ianya adalah sama Kilang. Cuma 100% Original Jepun hanya ada 5 code warna yg sesuaiuntuk org2 diJepun. Kenapa saya pilih untuk membeli dgn pengedar China sebb ianya mempunyai 10 code warna yg sesuai dgn Asia pelbagai warna kulit dan bangsa sebb saya menggunkannya juga untuk saya sendiri customer dan juga para Artis. QUALITY TETAP SAMA. Klu berminat boleh sms saya... thanks.

    BalasPadam
  3. Hi just wanted to give you a quick heads up and let
    you know a few of the pictures aren't loading properly. I'm not sure why but I
    think its a linking issue. I've tried it in two different browsers and both show the same results.

    My homepage - vigrx enhancer

    BalasPadam
  4. Wow that was odd. I just wrote an really long comment but after
    I clicked submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm
    not writing all that over again. Anyways,
    just wanted to say superb blog!

    Also visit my web page; Sac Louis Vuitton Pas Cher

    BalasPadam