Khamis, 7 Julai 2011

Tips Solekan : Base in Make Up.. Penting Atau Tidak..?

Reactions:


Base merupakan perkara asas dalam sesebuah solekan. Base juga menentukan betapa hebatnya kondisi kulit wajah anda sebelum serta selapas bersolek. Penggunaan base adalah amat penting kerana ia membantu anda semua mendapatkan hasil solekan yang berkualiti. Penggunaan base dalam sesuatu solekan adalah amat disarankkan oleh pakar solekan bertujuan sebagai pelindung terhadap kulit wajah sesorang dan juga sebagai pemberi efek yang berkesan terhadap hasil solekan. Base turut berperanan sebagai pelembab kepada kulit anda juga!

Di bawah merupakan kelebihan menggunakan base sebelum bersolek;

  • Melindungi kulit wajah kita daripada bahan kimia yang terkandung di dalam solekan.
  • Menjadikan solekan yang dihasilkan lebih menyerlah serta tahan lebih lama.
  • Supaya aplikasi solekan yang dilakukan menjadi lebih mudah dan mantap.
  • Memelihara kelembutan kulit walaupun terpaksa menggunakan solekan dalam tempoh yang lama.
  • Mengelak daripada pancaran UV yang berbahaya.

Pelbagai pilihan base yang boleh digunakan dalam sesebuah solekan. Base datang dengan pelbagai bentuk atau medium yang boleh didapati di gedung-gedung solekan ternama malah dapat juga diperolehi dari mana-mana farmasi yang berdekatan dengan anda. Base yang berbentuk, cream, wax dan liquid merupakan antara medium yang paling popular. Antara Produk yang Berpatutan Harganya! dan mampu dimiliki!!..

WHITE STAY UV BASE keluaran MAYBELLINE

Harga: RM 20++

Kepuasan Penggunaan : 80%

Tips:

Apabila membeli ‘base’ solekan, pastikan anda mencubanya terlebih dahulu. Bagi kulit yang kering, pilih base berbentuk cream. Manakala jika kulit anda cenderung ke arah berminyak, base berunsur wax atau fluid adalah yang terbaik.

Oleh itu, dapatkan ‘base’ yang bersesuaian dengan kulit anda hari ini juga! Dan ingat jangan bermekap sebelum menyapu base terlebih dahulu.

1 ulasan:

  1. saya berkulit gelap, tak gelap sangat la..ke arah hitam manis sikit..base yg sesuai untuk sy?selalunya ada warna purple n green..

    BalasPadam