Khamis, 10 November 2011

Tips Solekan Ringkas Ke Pejabat

Adakah anda tahu ‘Golden Rule’ kebanyakkan Makeup Artist selalu mengatakan? “LESS IS MORE”... . Apakah maknanya apabila kita bercakap tentang solek? Jika anda menggunakan pemerah pipi (blusher), bendalir (fluid), gincu (lipstick) dan bedak serbuk (loose powder)/ bedak dwi cara (2 way-cake) dengan berhati-hati, kesan akhir akan lebih asli dan ... yang lebih baik!


Sila aplikasikan 4 tips dari Timefaces Hadiartz untuk ‘Light Makeup’ (Solekan Ringkas) ke pejabat.


Kulit Licin (Smooth complexion)

Penyapuan bedak asas berunsur cecair (liquid foundation) diperlukan hanya di sekitar: dahi, dagu dan di hidung. INGAT!! Solekan anda memerlukan ‘Touch Up!’ jika kulit anda jenis kering(dry) atau kulit biasa(normal), sapukan bedak dengan berhati-hati ketika di waktu tengahari. Jika anda mempunyai kulit jenis berminyak(oily) tekap/bersihkannya dengan tisu/blotter ini kerana muka anda akan kelihatan berkilat/bertopeng untuk sekian lama jika dibiarkan begitu saja.

Sapuan Lembut Di Bulu Mata

Penyapuan bulu mata dengan maskara, tidak memerlukan kemahiran khas untuk ‘membuka’ dan ‘mencantikkan’ mata anda disamping solekan mata yang memukau. . Anda harus mencuba rangkaian maskara dalam tona warna-warna lain : coklat, kelabu, unggugelap dan hitam.

Sentuhan Pemerah Pipi (Cheeks touched with blush)

Tulang pipi perlu diserlahkan dengan warna pemerah pipi Coklat Cerah/muda(Light-Brown), berhati-hati untuk warna seperti Tembaga(Copper) !! Jika disalah guna/kurangsesuai, ia mungkin membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar anda. Jika anda mempunyai Kulit Kapilari(Skin Capillaries), tidak digalakan mengguna/menyapu warna pemerah pipi yang agak Merah Jambu – ia akan menjadikan masalah kulit anda jelas kelihatan!!.

Kilauan Asli Di Bibir

Gloss bibir Warna Coklat(brown)! Itulah yang harus anda perlukan. Jika anda tidak mempunyai gloss bibir berwarna coklat anda juga boleh cuba gincu berwarna Beige atau Merah Jambu(pink). Berhati-hati dengan gloss bibir yang mempunyai kesan Vinil atau yang Berkilat. Ia kurang sesuai atau kelihatan seksi untuk ke pejabat ... hanya sesuai digunakan untuk malam!
Kami berharap anda mendapat mencubaTips Solekan Ringkas ke Pejabat’.

Come back soon for more!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan