Khamis, 4 Ogos 2011

CARI YANG TERBAIK DI WAJAH ANDA….







Jika Ciri-Ciri Terbaik Anda Adalah Mata…

Buat Garis Mata anda, itu adalah cara yang paling berkesan menarik perhatian ramai. Pastikan anda aplikasikan ‘liner’: sama ada menggunakan pembayang mata, pensel mata(celak) atau cecair(liquid) berhampiran dengan dasar bulu mata. Bermula dari sudut dalam mata sehingga bawa ke sudut luar mata. Lihat di cermin setelah selesai membuat garis di dasar bulu mata dan pastikan yang anda melakukan garisan sesuai tebalnya agar mata anda kelihatan terbuka lebar.

INGAT!..Jangan melakukan garisan di tepi bahagian dalam mata anda, ia akan menampakkan lagi mata anda kecil dan terutamanya dari segi kesihatan, ia juga berisiko jangkitan dan luka di mata sendiri.


Jika Ciri-Ciri Terbaik Anda Adalah Pipi….

Menyapu pemerah pipi(blush) pastikan anda tersenyum ketika menyapu ‘blush’, Mengapa?? Ini kerana senyum adalah yang terbaik mencari ‘epal pipi’ anda, ia lebih ‘naturally blush’. Sapukan membulat lebar di epal pipi anda dan bawa kembali ke garisan rambut(hairline). Gunakan berus besar berbulu lembut dan berbentuk bulat. ‘Tap’ lebihan ‘blush’ sebelum menyapu ke pipi, sapukan rata jauh dari tulang pipi anda agar ‘blush’ nampak lebih natural.

JANGAN!!..untuk mencuba kontur tulang pipi anda ini akan kelihatan tidak natural. Teknik kontur tulang pipi hanya sesuai untuk ‘Fashion Shoots’, ‘Theater’ atau ‘Film’.




Jika Ciri-Ciri Terbaik Anda Adalah Bibir…

Gunakan warna lipstik atau gloss yang melengkapkan warna natural bibir anda. Tips utama untuk warna lipstik sesuai dengan bibir anda adalah : Jika anda berkulit putih(fair), pilih nuansa beige, pink pucat(pale pink) dan ‘light coral’. Kulit yang sederhana cerah, terbaik adalah nuansa coklat berasaskan mawar, unggu muda(mauve) dan berry. Warna plum, coklat dan merah adalah warna terbaik untuk anda yang berkulit gelap.

JANGAN!! mengunakan warna lipstik yang kurang dari satu tone warna terang dari bibir asal anda ini akan menjadikan bibir anda kelihatan terlalu pucat dan tidah berseri.


Jika Ciri-Ciri Terbaik Anda Adalah Bulu Mata….

Berani bermain dengan maskara, belajar cara-cara penyapuannya. Sebelum membuat penyapuan maskara ke bulu mata anda haruslah membersihkan tongkat maskara itu terlebih dahulu agar berusnya bersih dari ketulan maskara. Pegang tongkat maskara di dasar bulu mata anda dan perlahan-lahan membuat sapuan tipis berulang. Untuk mengelakkan ketulan semasa sapuan maskara pusingkan tongkatnya di sepanjang sapuan itu. Maskara hitam adalah terbaik untuk semua jenis kulit, namun tidak salah menggunakan warna yang lain tetapi biar bersesuaian.

Jangan!! terlalu kaku penyapuan maskara di bahagian bawah mata, kelak ia akan comot dan kelihatan hitam di bawah mata.

Jika Ciri-Ciri Terbaik Anda Adalah Kening…

Bentukkan bulu kening anda. Kening yang berbentuk rapi dan cantik dapat menyerlahkan mata anda. Sebelum menggunakan ‘tweezer’ teliti dahulu bentuk kening anda. Lenkungan yang semulajadi tercipta adalah terbaik untuk wajah anda, hanya perlu menyempurnakan, bukan mencipta kembali!!..Cabut bulu antara kening dan di bawah lengkungan. Selanjutnya gunakan berus kening atau berus gigi yang lama untuk merapikannya ke atas. Gunakan gel kening(brow gel) untuk lebih kemas lagi.

Jangan!! Terlalu mencabut bulu kening sehinggakan ia menjadi nipis/halus, ia ketinggalan zaman. Kadangkala bulu kening tidak tumbuh kembali atau ia tumbuh jarang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan