Selasa, 21 Disember 2010

TIPS MEMILIH FOUNDATION MENGIKUT KULIT ANDA….

RM40


Anda Memiliki : Kulit kusam dan kering.
Anda Ingin : Kulit yang bersinar dan berseri.
Cuba :
Hydrating foundation. Ada pelembab asas yang memberi liputan ringan seperti ‘Tinted Moisturizer’ atau ‘Medium’ ke ‘Full Coverage’ seperti ‘Creamy liquid’ dan ‘Whipped Foundation’. Jauhi dari foundation jenis serbuk debu dan formula ‘Mattifiying’. Jenis ini akan menutup kulit anda dari berminyak dan menjadikan kulit lebih kering dan tidak kelihatan bertompok-tompok.

Anda Memiliki : Kulit Berminyak.
Anda Ingin : Halus, Kulit Matte.
Cuba :
Foundation yang menyerap minyak !. Perhatikan pada istilah-istilah yang terdapat di foundation anda seperti : ‘Oil-Free’, ‘Oil-Reducing Liquid Foundation’(light to medium coverage), sementara ‘Cream Foundation’ dan ‘Compact Foundation’ memberi (full coverage).

Anda Memiliki : Kulit Kombinasi.
Anda Ingin :
Sejenis kulit yang tidak berkilau atau kering.
Cuba : Foundation dengan manik-manik ‘Silica’ dan ‘Lecithin’. Manik-manik Silica menyerap minyak dari T-Zone anda (Dahi, Hidung dan Dagu), sementara Lecithin pula menghidrat di kawasan kering seperti di pipi anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan