MENGANDAM…
‘Mengandam’ adalah proses mencantik dan menaikkan seri pengantin dari segi rohani dan jasmani. Pengantin yang menjalani proses mengandam digalakkan untuk mengingati kebesaran Pencipta dengan cara berdoa dan membaca ayat suci Al-Quran seperti berselawat ke atas Nabi, mengucap dua kalimah syahadah, membaca Surah Al-Fatihah, ayat tiga Qul dan beristigfar. Bacaan ini dipraktikkan bersama niat dan hati yang tulus ikhlas agar dilindungi dan dijauhi daripada sebarang gangguan syaitan dan perbuatan khianat manusia.”
Mengandam bukan sahaja untuk cantik semata-mata malah ia mampu memberikan ketenangan jiwa, meningkatkan keyakinan diri, pengantin tampil sopan dalam bertingkah laku Pengantin yang tidak berandam dikatakan jiwanya lebih kosong, mudah menggelabah (darah gemuruh) dan bertingkah laku tidak tenang. Kelebihan mengandam juga membuatkan tetamu lebih terpesona memandang pengantin walaupun wajahnya tidak secantik mana kerana terpaut pada tingkah lakunya yang tenang, lemah lembut dan sopan.
Setiap perbuatan yang kita lakukan pokok pangkalnya bergantung kepada niat dan keihklasan hati. Pesanan kepada pengantin supaya sentiasa mengingati kebesaran Allah s.w.t dalam setiap perbuatannya. Pengantin juga perlu yakin bahawa kecantikan dan wajah yang tampil berbeza selepas mengandam adalah juga kurniaan dan kebesaran yang Esa bukannya kuasa mengandam atau mak andam. Kita hanya berusaha, Tuhan yang akan menentukan segalanya. Bagi saya tidak salah berusaha untuk kelihatan cantik untuk tatapan suami dan kaum keluarga.
Percaya atau tidak zaman yang serba moden pun masih ada yang mengamalkan atau berjumpa pengamal sihir kerana cemburu tidak dapat berkahwin dengan orang yang mereka minat. Seperti sekrang ini pusat-pusat rawatan pun sudah banyak seperti Darul Syifa dan lain-lain tidak lupa juga ustaz-ustaz (Dato Harun Din , Dato Hassan Din , Dr Amran kasimin dan lain-lain). Alhamdulillah dapat juga mereka membantu pada yang memerlukannya. Oleh itu didalam konsep Andaman sekarang ini adalah lebih kepada ‘protection’ pada pengantin daripada anasir-anasir yang tidak elok itu erti kata lain seseorang yang ingin makeup atau mengandam pengantin haruslah ada pendinding yang kuat berlandaskan Hadis dan Al-Quran.
SOLEKAN (MAKEUP)…
Solekan bak seni lukisan, mewarnakannya haruslah faham akan cerita dan warna yang digunakan seiring dengan teknik yang betul..Solekan atau makeup..dapat memberi dan membina rasa ‘Keyakinan’ seseorang, di samping menyerlahkan rupa paras yang cantik dan kemas..Solekan bukannya untuk mengubah wajah menjadi seperti seseorang: contohnya artis pujaan anda, tujuan solekan adalah untuk memberikan satu rupa yang dapat menonjolkan kecantikkan anda sendiri yang selama ini anda sedari ataupun tidak sedar. Solekan juga menaikkan bentuk hidung yang kurang mancung. Menaikkan tulang pipi agar nampak lebh muda dan juga dapat menyembunyikan kekurangan yang ada di wajah seseorang..Solekan mata juga memainkan peranan yang penting..kerana ‘Dari Mata Bermula Segalanya’. Teknik solekan mata yang betuk dapat menyerlahkan kecantikkan mata yang memukau. Pengalaman dan teknik solekan haruslah ada pada seorang jurusolek, teknik-teknik terkini dan juga warna-warna terkini seharusnya menjadi pengetahuan jurusolek agar ia tidak ketinggalan di dalam solekannya nanti.
good info from u!
BalasPadamhyee Eja, thanks for ur compliment yer..really appreciated that..anyway if you berminat ingin mengetahui any tips n need a MakeUp svc frm Timefaces by Harum Kasturi pls do write in n call me =]
BalasPadam