TEKNIK INI MENGUNAKAN
PRODUCT MISS ROSE
WET AND DRY COLOR....
Semasa Kursus Lanjutan ASAS akan diajar juga pelbagai bentuk aplikasi EyeShadow Teknik dan Tips yang mudah & berkesan.
Pn. Kamariah : Solekan Dinner untuk Hong Leong Bank @ Mines. Tema pada malam tersebut adalah 'Gala Red Carpet'. Wajah yang telah dibersihkan & bersedia untuk disolek oleh TimeFaces Hadiartz. |
Setelah wajah disapukan dengan foundation Naturactor Code 141+151, bedak debu diletakkan di bawah mata sebelum memulakan solekan mata. kali ini TimeFaces Hadiartz membuat solekan 'Smoky Arabian'. |
Di dalam membuat solekan mata, harus dilakukan dengan kemas & cantik..serta bersesuaian dengan bentuk mata 'client'. Warna2 yang dipilih adalah berdasarkan 'Tema' & 'Warna2 Yang Menaikkan Wajah' seseorang itu.
Semasa proses solekan mata, 'Blending' sangat penting supaya warna2 yang diaplikasikan menjadi lebih cantik & kemas.
Proses terakhir sebelum meleyakkan bulu mata palsu. Tips: meletakkan bulu mata palsu haruslah ditempat yang betul & kemas begitu juga pemilihan bulu mata palsu haruslah kelihatan natural jangan terlalu kelihatan seperti bulu mata burung kasawari..Hanya memberi pendapat sahaja..
Solekan mata masih hampir siap keseluruhannya..setelah meletakkan bulu mata palsu.
Celak mata bawah diberi penekanan agar mata kelihatan lebih 'Galak' terutamanya untuk solekan malam.
Setelah selesai solekan mata, baru beralih pula dengan sapuan pemerah pipi dan pewarna bibir. Untuk kemasan yang lebih cantik & rata serta tahan lama, bedak compact diberi sentuhan secara 'Dapping' kemudian baru diberi sentuhan akhir Loose Powder. Menurut Pn.Kamariah, selepas saja TimeFaces Hadiartz memberi 'Final Touch Up' beliau tidak langsung 'Touch Up' wajahnya sehingga pulang ke rumah. Menurutnya 'Tiada apa yang perlu di 'Touch Up' semuanya kelihatan seperti baru sahaja bersolek'. Terima Kasih atas pujian beliau.
cantik kaler eyeshadow..blh tau brand apa..
BalasPadamMiss Rose dan FARMASI (FCC)
BalasPadam