Selasa, 15 November 2011

Bagaimana Menggunakan Warna Merah di Bibir ?


Memakai warna bibir merah bukanlah sukar untuk dipraktikan, kebanyakan wanita cuba untuk tidak memakai warna merah yang kelihatan lebih Glamour dan mereka hanya memilih gaya warna-warna solekan ‘Natural. Tetapi realitinya adalah bahawa setiap wanita boleh memakai warna merah di bibir mereka dengan cara mempelajari mengenai rahsia tona kulit anda dengan betul untuk mendapatkan warna merah mengikut tona kulit. Wanita yang mempunyai Tona Kulit Pucat atau sedikit Kulit Berwarna Merah Jambu(pinkish) adalah lebih baik memilih warna Ceri (cherry), Wine (merahunggu) atau warna bibir Merah Plum.

Wanita yang mempunyai tona Kulit Sederhana hingga ke Kulit Sawo Matang, warna yang terbaik adalah warna Warm Reds’, manakala wanita yang mempunyai tona kulit Gelap, harus memilih warna ‘Deep Reds’.

Pastikan anda sentiasa ‘Keep In Mind !!’, mewarna bibir dengan warna merah tidak seharusnya digunakan setiap masa dan anda harus juga mengambil kira mengenai pakaian yang anda pakai pada masa tertentu.

Memilih warna bibir merah adalah ‘Mudah’ jika para wanita memahami mengenai tona kulit & warna apa yang ‘Terbaik’ untuk anda aplikasikan mengikut keadaan (masa) dan tempat anda berada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan