Izinkan saya untuk memperkenalkan diri. Saya Hadiawati, memperkenalkan hasil titipan secebis pengalaman dan ilmu-ilmu solekan yang dapat dipaparkan di blog ini. Ia sebuah blog yang tercipta ketika saya ingin berkongsi dengan anda mengenai topik-topik seperti kecantikan, kecergasan, kepercayaan diri, dan lebih dari kesejahteraan semua, serta kemas peribadi tentang kehidupan saya dan banyak lagi topik-topik dan kategori baru akan hadir jika blog ini mendapat perhatian anda semua!..
Isnin, 28 November 2011
tIMEFACES HADIARTZ stUDENTS
Terima kasih kepada student-student TIMEFACES HADIARTZ yang sudi meluangkan masa dan berkongsi pendapat agar dapat kita memanfaatkan bersama. Ini adalah lanjutan daripada kursus ASAS SOLEKAN.
Tips pada kali ini cara-cara mempraktikkan pelbagai jenis solekan "eyeshadow", menguji kepantasan student dalam membuat shading muka, cara memperagakan model (asas), membuat 2 contoh rambut secara ringkas ( untuk harian) dan makan-makan bersama....
*semua hasil makeup ini adalah daripada Students TimeFaces Hadiartz sendiri... semoga boleh improve dan menghasilkan makeup yang "bersih"...
Selasa, 15 November 2011
Bagaimana Menggunakan Warna Merah di Bibir ?
Memakai warna bibir merah bukanlah sukar untuk dipraktikan, kebanyakan wanita cuba untuk tidak memakai warna merah yang kelihatan lebih ‘Glamour’ dan mereka hanya memilih gaya warna-warna solekan ‘Natural’. Tetapi realitinya adalah bahawa setiap wanita boleh memakai warna merah di bibir mereka dengan cara mempelajari mengenai rahsia tona kulit anda dengan betul untuk mendapatkan warna merah mengikut tona kulit. Wanita yang mempunyai Tona Kulit Pucat atau sedikit Kulit Berwarna Merah Jambu(pinkish) adalah lebih baik memilih warna Ceri (cherry), Wine (merahunggu) atau warna bibir Merah Plum.
Wanita yang mempunyai tona Kulit Sederhana hingga ke Kulit Sawo Matang, warna yang terbaik adalah warna ‘Warm Reds’, manakala wanita yang mempunyai tona kulit Gelap, harus memilih warna ‘Deep Reds’.
Pastikan anda sentiasa ‘Keep In Mind !!’, mewarna bibir dengan warna merah tidak seharusnya digunakan setiap masa dan anda harus juga mengambil kira mengenai pakaian yang anda pakai pada masa tertentu.
Memilih warna bibir merah adalah ‘Mudah’ jika para wanita memahami mengenai tona kulit & warna apa yang ‘Terbaik’ untuk anda aplikasikan mengikut keadaan (masa) dan tempat anda berada.
Isnin, 14 November 2011
Cara membentuk kening (VIDEO)
Ini adalah Tips dan Teknik yang diajar secara praktikal semasa kursus "Team Makeup TimeFaces".
* Mohon Maaf di atas 'Pencahayaan ' yang kurang memuaskan. Praktikal yang anda lihat ini adalah 'Pembetulan Semula' untuk student~ Ieda di dalam praktikal 'Membentuk & Melukis Kening Dengan Betul & Kemas'.
* Sebarang pertanyaan lanjut mengenai 'Membentuk & Melukis Kening Dengan Betul', sudi2lah bertanya.
MISS ROSE 24 Shiny Colors Wet Eyeshadow
Untuk mendapatkan harga promosi RM30* (tidak termasuk postage RM5)
Sila Taip : TFblogpromo_24sMissRose30
sms : 0129303077
email : timefaces@gmail.com
PROMOSI LAGI
Beli 3 pcs - 24 Shiny Colors dengan harga RM70 sahaja...
Untuk mendapatkan harga promosi ini RM70 untuk 3 pieces* (tidak termasuk postage RM10)
Sila Taip : TFblogpromo_24sMS3unit70
HANTAR SMS ke : 012-9303077
Kami juga memberi peluang pada follower blog ini untuk membeli secara borong. Untuk membeli secara borong adalah minimum order 10 unit = RM200
BERMINAT SILA SMS : MISSROSE24cBORG
HANTAR KAN SMS : 012-9303077
Khamis, 10 November 2011
Tips Solekan Ringkas Ke Pejabat
Adakah anda tahu ‘Golden Rule’ kebanyakkan Makeup Artist selalu mengatakan? “LESS IS MORE”... . Apakah maknanya apabila kita bercakap tentang solek? Jika anda menggunakan pemerah pipi (blusher), bendalir (fluid), gincu (lipstick) dan bedak serbuk (loose powder)/ bedak dwi cara (2 way-cake) dengan berhati-hati, kesan akhir akan lebih asli dan ... yang lebih baik!
Sila aplikasikan 4 tips dari Timefaces Hadiartz untuk ‘Light Makeup’ (Solekan Ringkas) ke pejabat.
Kulit Licin (Smooth complexion)
Penyapuan bedak asas berunsur cecair (liquid foundation) diperlukan hanya di sekitar: dahi, dagu dan di hidung. INGAT!! Solekan anda memerlukan ‘Touch Up!’ jika kulit anda jenis kering(dry) atau kulit biasa(normal), sapukan bedak dengan berhati-hati ketika di waktu tengahari. Jika anda mempunyai kulit jenis berminyak(oily) tekap/bersihkannya dengan tisu/blotter ini kerana muka anda akan kelihatan berkilat/bertopeng untuk sekian lama jika dibiarkan begitu saja.
Sapuan Lembut Di Bulu Mata
Penyapuan bulu mata dengan maskara, tidak memerlukan kemahiran khas untuk ‘membuka’ dan ‘mencantikkan’ mata anda disamping solekan mata yang memukau. . Anda harus mencuba rangkaian maskara dalam tona warna-warna lain : coklat, kelabu, unggugelap dan hitam.
Sentuhan Pemerah Pipi (Cheeks touched with blush)
Tulang pipi perlu diserlahkan dengan warna pemerah pipi Coklat Cerah/muda(Light-Brown), berhati-hati untuk warna seperti Tembaga(Copper) !! Jika disalah guna/kurangsesuai, ia mungkin membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar anda. Jika anda mempunyai Kulit Kapilari(Skin Capillaries), tidak digalakan mengguna/menyapu warna pemerah pipi yang agak Merah Jambu – ia akan menjadikan masalah kulit anda jelas kelihatan!!.
Kilauan Asli Di Bibir
Gloss bibir Warna Coklat(brown)! Itulah yang harus anda perlukan. Jika anda tidak mempunyai gloss bibir berwarna coklat anda juga boleh cuba gincu berwarna Beige atau Merah Jambu(pink). Berhati-hati dengan gloss bibir yang mempunyai kesan Vinil atau yang Berkilat. Ia kurang sesuai atau kelihatan seksi untuk ke pejabat ... hanya sesuai digunakan untuk malam!
Kami berharap anda mendapat mencuba ‘Tips Solekan Ringkas ke Pejabat’.
Come back soon for more!!!