~ EG MODELLING AGENCY @ BUKIT JALIL.
Solekan pada kali ini adalah merupakan solekan Photoshoot yang dilakukan di luar. Seperti biasa Timefaces Hadiart’s sentiasa mementingkan solekan yang ‘Cantik & Kemas’ tidak terlalu tebal dan masih mengekalkan ‘Natural Beauty’. Mungkin di antara anda kurang menyukainya. Pada pendapat Timefaces Hadiart’s solekan dilakukan bukan untuk ‘Merubah’ keseluruhan wajah seseorang tetapi untuk Mencantikkan dan Menyerlahkan ‘Kelebihan’ seseorang. Jadi terpulang pada pendapat masing-masing yang PASTI kita melakukannya dengan ‘Cantik & Bersih’
Solekan mata kali ini adalah ‘Smokey Eyes’ ~ Campuran 4 warna MAC Cream Eyeshadow iaitu Black, Purple, Pink & Highlight. Warna utama sebagai ‘BASE’ di bola mata adalah ‘Black’. Ini adalah Teknik yang ramai tidak mengetahui atau pelajari. Hanya ‘Student2’ yang pernah menghadiri Kelas Solekan Timefaces Hadiart’z saja yang mengetahui tekniknya.
Gambar diatas adalah tidak di EDIT Langsung..ia adalah apa yang dihasilkan oleh Timefaces Hadiart’z.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan