MISI 12 merupakan sebuah program untuk membantu dan merubah masa depan
12 orang remaja terpilih. Mereka ini di kalangan yang menganggur,
bertaraf pendidikan rendah, tiada cita-cita, kurang keyakinan diri serta
mempunyai masalah sosial. Tujuan utama MISI 12 adalah untuk mengukuhkan
emosi mereka supaya mereka memperoleh kemahiran hidup secara praktikal,
menjalani kehidupan lebih sihat, melaksanakan matlamat pendidikan
mereka dan membentuk asas yang diperlukan untuk mencapai objektif
berdikari dan peralihan mereka ke dalam hidup mereka sendiri.
Kami sempat 'Berposing' sebelum rancangan MISI 12 Akhir, Live @ Astro Ria 104. Ini adalah sebahagian di antara peserta2 MISI 12 & bersama2 dengan Make Up Artist Team dari Hadia ~ TimeFaces Hadiartz, Abg Amy (Senior MakeUp Artist ASTRO) & Reen ~ Sanggul Perak.yang berdiri di tengah belakang barisan.
Menyolek Dr.Ezani (Master Chef Musim 1), sebagai tetamu undangan untuk Misi 12 final. Hadia memyolek solekan mata 'socket separuh' dengan menggunakan rangkaian warna2 dari : Miss Rose(Gold,Bronze & Black). Sebelum memulakan solekan mata fdtn & concealer telah diaplikasikan mengikut Tona Kulit Dr.Ezani. Beliau seorang yang Peramah & tidak cerewet. 'Kepercayaan' telah di beri sepenuh kepada Hadia untuk menyolek wajahnya. Beliau 'Berpuas hati' dengan solekan yang dikenakan di wajahnya. Harap kita dapat 'Bekerjasama' di masa akan datang.
Mentor-mentor yang membimbing para peserta iaitu Datuk Soke Clement Soo (Pengurus Besar Hap Seng Star Sdn. Bhd – Mercedes Benz Malaysia), Miss Gayatri Su-Lin Pillain (Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn. Bhd), Mr. Ooi Kim Chong (Pengarah Coffee Scene Sdn. Bhd – Bangi Kopitiam).
Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri yang di iringi oleh Yang Berbahagia Dato Rohana Rozhan,
Ketua Pegawai Eksekutif Astro hadir bagi menyaksikan dan
menyempurnakan acara penyampaian hadiah bagi peringkat akhir Misi 12.
Kesemua 12 peserta telah di beri peluang
bekerja setelah di pilih oleh mentor masing-masing. Tahniah kepada
mereka dan semuga mereka akan terus berjaya.
Peserta terbaik MISI 12 ialah Muhammad Subky Halib, 23, menerima hadiah sebanyak RM12,000 dan tropi.