Ahad, 29 April 2012

MISI 12 makeup by Profesional MAkeup Artist -HADIA TimeFaces and Makeup Team

 MISI 12 merupakan sebuah program untuk membantu dan merubah masa depan 12 orang remaja terpilih. Mereka ini di kalangan yang menganggur, bertaraf pendidikan rendah, tiada cita-cita, kurang keyakinan diri serta mempunyai masalah sosial. Tujuan utama MISI 12 adalah untuk mengukuhkan emosi mereka supaya mereka memperoleh kemahiran hidup secara praktikal, menjalani kehidupan lebih sihat, melaksanakan matlamat pendidikan mereka dan membentuk asas yang diperlukan untuk mencapai objektif berdikari dan peralihan mereka ke dalam hidup mereka sendiri.



Kami sempat 'Berposing' sebelum rancangan MISI 12 Akhir, Live @ Astro Ria 104. Ini adalah sebahagian di antara peserta2 MISI 12 & bersama2 dengan Make Up Artist Team dari Hadia ~ TimeFaces Hadiartz, Abg Amy (Senior MakeUp Artist ASTRO) & Reen ~ Sanggul Perak.yang berdiri di tengah belakang barisan.

Menyolek Dr.Ezani (Master Chef Musim 1), sebagai tetamu undangan untuk Misi 12 final. Hadia memyolek solekan mata 'socket separuh' dengan menggunakan rangkaian warna2 dari : Miss Rose(Gold,Bronze & Black). Sebelum memulakan solekan mata fdtn & concealer telah diaplikasikan mengikut Tona Kulit Dr.Ezani. Beliau seorang yang Peramah & tidak cerewet. 'Kepercayaan' telah di beri sepenuh kepada Hadia untuk menyolek wajahnya. Beliau 'Berpuas hati' dengan solekan yang dikenakan di wajahnya. Harap kita dapat 'Bekerjasama' di masa akan datang.

Menyolek Fahrin Ahmad selaku Pengacara tetap di dalam program Misi 12. Wajahnya yang bersih, mudah untuk disolek cuma kena tahu memilih tona foundation untuk kulit wajahnya agar wajahnya kelihatan 'Fresh'. Gambar di bawah ini pula adalah dari rangkaian Make Up For Ever Produk : Base-Matifiying Gel, Loose Powder & Foundation dengan Code yang berbeza untuk di 'Mix's' dengan code yang lain supaya mendapat 'Tona' yang bersesuaian dan juga ia kelihatan lebih 'natural' ketika di pentas, ini kerana peranan lampu2 yang digunakan semasa program dijalankan nanti.

Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri yang di iringi oleh Yang Berbahagia Dato Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro hadir bagi menyaksikan dan menyempurnakan acara penyampaian hadiah bagi peringkat akhir Misi 12.
Kesemua 12 peserta telah di beri peluang bekerja setelah di pilih oleh mentor masing-masing.  Tahniah kepada mereka dan semuga mereka akan terus berjaya.
 
Peserta terbaik MISI 12 ialah  Muhammad Subky Halib, 23, menerima hadiah sebanyak RM12,000 dan tropi. 
 







3 ulasan:

  1. bestnya..sis...ada tak sis buat makeup course d sabah?

    BalasPadam
  2. Ba..ngam la.. Nnt aku postkan kt blog aku..

    BalasPadam
  3. Alice dan Suriah jadilah follower blog Timefaces ini thanks. Jgn lupa boleh hubungi saya juga kalau ada apa2 yg boleh saya bantu atau ingin menganjurkan kursus ditempat anda.

    BalasPadam