Selasa, 11 September 2012

Hadia TimeFaces & FARMASI Color Cosmetic (FCC)

ulasan Hadia TimeFaces 
bersama 
FARMASI Color Cosmetic 

Pada 7hb Sept 2012 merupakan satu peluang 'Keemasan' yang diberi oleh Pihak FCC (FARMASI Color Cosmetic) untuk Hadia Timefaces Hadiartz mencuba Koleksi Solekan FCC yang sememangnya koleksi rangkaian warna2nya yang cantik serta 'Setanding' dengan Produk Solekan yang Berjenama seperti Inglot, MAC, PAC dll. Walau bagaimana pun Hadia percaya masing2 mempunyai 'kelebihannya'..& juga pengemar2 mereka tersendiri di dalam Dunia Persolekan. 'Kelebihan' FCC yang Hadia suka ialah ia merupakan produk solekan yang mempunyai Sjil Halal dari Istanbul.
MAKEUP TEMA : "Color Parade"
 Seisi solekan bermula dengan produk Solekan Asas FCC : HIGH PERFORMANCE FOUNDATION. Code 7, ke atas Model Ira. Solekan Asas yang ringan teksurnya serta mempunyai Anti Penuaan (Anti Aging), 'Revitalizing and Firming' bahan-bahan yang diguna di dalam Solekan Asas ini boleh bertahan lama & juga memberi 'Nutrition', 'Full Coverage', 'Improves Skin Conditions', 'Protect Skin from the Damage of UV Rays' & 'Natural Finish with Full Coverage'. 
 Ms.Ira mempunyai kulit jenis berminyak & mudah berpeluh, oleh itu Hadia mengadunkan campuran sedikit Solekan Asas dengan STAY MATTE FOUNDATION. Code 05 untuk mendapatkan tona kulit sebenarnya. Penyapuan Solekan Asas seharusnya tidak melebihi tona kulit asal & sebaik2nya carilah tona solekan asas 1:1 atau jika ingin kelihatan sedikit cerah carilah sekurang-kurangnya 2 tone dari tona kulit anda. Anda pasti tidak mahu kulit wajah kelihatan seperti 'Topeng' atau tona kulit yang sangat berbeza dengan tona kulit pada tangan anda??
 Penggunaan Berus Solekan Asas juga memainkan peranan yang penting selain 'Ilmu','Skill' & Kualiti Berus. Solekan juga memainkan peranan yang penting di dalam solekan. Stipling Brush digunakan di dalam penyapuan solekan asas untuk menghasilkan penyapuan yang sekata.
 Selepas penyapuan solekan asas kini wajah Ms.Ira diberi sapuan rata dengan SILKY TOUCH COMPACT POWDER. Code 08. Teksurnya yang ringan serta 'Matte Coverage', memberi Keselesaan serta kulit wajah Kelihatan Gebu.
 Solekan mata pula Hadia memilih pilihan rangkaian warna2 dari TERRACOTA 4 COLOUR EYE SHADOW. Code 06 & SOFT TOUCH MONO EYE SHADOW. Code 06 & 19. Warna2 yang diaplikasikan mempunyai warna2 yang mewah serta tahan lama sepanjang hari & ia tidak luntur atau pudar ketika anda berpeluh. Hadia sangat menyukainya & anda harus mencubanya!!..



 Sapuan pemerah pipi adalah dari pilihan rangkaian warna TERRACOTTA POWDER. CODE 01 & TERRACOTTA BLUSH ON. Code 03&04. Warna bibir pula pilihan dari warna LIP MAXIMIZER LIPSTICK. Code 6 & GLEAM ROUGE LIQUID LIPSTICK. Code 17.
 GLITTERS EYELINER. Code 03 & KOHL PENCIL. Code Extra Black untuk sapuan yang memberi mata kelihatan lebih menyerlah & kelihatan lebih 'Fresh Look'. Tips: untuk solekan garisan mata lebih tahan lama serta tidak mudah 'comot': selepas mengariskan dengan eyeliner pencil, letak pula dengan solekan eyeshadow yang berwarna hitam atau mengikut warna eyeliner yang anda gariskan ke atas eyeliner tersebut.
 So Excited & Happy..Happy..Happy bila melihatnya...tidak dapat membayangkan jika Hadia memiliknya...
 Ms.Ira setelah wajahnya selesai disolek oleh Timefaces Hadiartz. Tema kali ini adalah 'Color Parade'. Pilihan warna-warna yang 'Stunning All The Day Long' dari Rangkaian Produk Solekan FCC Farmasi Colour Cosmetics.
(Maaf quality gambar kurang sharp hanya menggunakan handphone E72-Nokia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan