Khamis, 22 November 2012

TIPS: Perbezaan Makeup dan Andaman !!!



APA ITU MAKEUP DAN ANDAMAN ???

Sekarang memang kita selalu dengar MAKEUP dan jarang pula dengar ANDAMAN atau MENGANDAM. Terkini bila dengar Andaman ajer kita mesti terbayangkan atau kefahaman kita adalah ‘MAKEUP’ yang dibuat oleh jurusolek !!! atau kalau anda berumur sikit akan fikirkan jurusolek yang agak tua atau berumur.( Mak Andam / Pak Andam). Selalunya Andaman adalah berkaitan dengan acara perkahwinan mahupun pertunangan. Selalunya dalam acara perkahwinan / pertunangan akan ada seseorang disamping Sang Mempelai iaitu Mak Andam. Sebenarnya definasi Andaman dan Makeup adalah hampir sama tetapi ada perbezaannya.

MENGANDAM…

‘Mengandam’ adalah proses mencantik dan menaikkan seri pengantin dari segi rohani dan jasmani. Pengantin yang menjalani proses mengandam digalakkan untuk mengingati kebesaran Pencipta dengan cara berdoa dan membaca ayat suci Al-Quran seperti berselawat ke atas Nabi, mengucap dua kalimah syahadah, membaca Surah Al-Fatihah, ayat tiga Qul dan beristigfar. Bacaan ini dipraktikkan bersama niat dan hati yang tulus ikhlas agar dilindungi dan dijauhi daripada sebarang gangguan syaitan dan perbuatan khianat manusia.”
Mengandam bukan sahaja untuk cantik semata-mata malah ia mampu memberikan ketenangan jiwa, meningkatkan keyakinan diri, pengantin tampil sopan dalam bertingkah laku Pengantin yang tidak berandam dikatakan jiwanya lebih kosong, mudah menggelabah (darah gemuruh) dan bertingkah laku tidak tenang. Kelebihan mengandam juga membuatkan tetamu lebih terpesona memandang pengantin walaupun wajahnya tidak secantik mana kerana terpaut pada tingkah lakunya yang tenang, lemah lembut dan sopan.
Setiap perbuatan yang kita lakukan pokok pangkalnya bergantung kepada niat dan keihklasan hati. Pesanan kepada pengantin supaya sentiasa mengingati kebesaran Allah s.w.t dalam setiap perbuatannya. Pengantin juga perlu yakin bahawa kecantikan dan wajah yang tampil berbeza selepas mengandam adalah juga kurniaan dan kebesaran yang Esa bukannya kuasa mengandam atau mak andam. Kita hanya berusaha, Tuhan yang akan menentukan segalanya. Bagi saya tidak salah berusaha untuk kelihatan cantik untuk tatapan suami dan kaum keluarga.
Percaya atau tidak zaman yang serba moden pun masih ada yang mengamalkan atau berjumpa pengamal sihir kerana cemburu tidak dapat berkahwin dengan orang yang mereka minat. Seperti sekrang ini pusat-pusat rawatan pun sudah banyak seperti Darul Syifa dan lain-lain tidak lupa juga ustaz-ustaz (Dato Harun Din , Dato Hassan Din , Dr Amran kasimin dan lain-lain). Alhamdulillah dapat juga mereka membantu pada yang memerlukannya. Oleh itu didalam konsep Andaman sekarang ini adalah lebih kepada ‘protection’ pada pengantin daripada anasir-anasir yang tidak elok itu erti kata lain seseorang yang ingin makeup atau mengandam pengantin haruslah ada pendinding yang kuat berlandaskan Hadis dan Al-Quran.


 SOLEKAN (MAKEUP)…

Solekan bak seni lukisan, mewarnakannya haruslah faham akan cerita dan warna yang digunakan seiring dengan teknik yang betul..Solekan atau makeup..dapat memberi dan membina rasa ‘Keyakinan’ seseorang, di samping menyerlahkan rupa paras yang cantik dan kemas..Solekan bukannya untuk mengubah wajah menjadi seperti seseorang: contohnya artis pujaan anda, tujuan solekan adalah untuk memberikan satu rupa yang dapat menonjolkan kecantikkan anda sendiri yang selama ini anda sedari ataupun tidak sedar. Solekan juga menaikkan bentuk hidung yang kurang mancung. Menaikkan tulang pipi agar nampak lebh muda dan juga dapat menyembunyikan kekurangan yang ada di wajah seseorang..Solekan mata juga memainkan peranan yang penting..kerana ‘Dari Mata Bermula Segalanya’. Teknik solekan mata yang betuk dapat menyerlahkan kecantikkan mata yang memukau. Pengalaman dan teknik solekan haruslah ada pada seorang jurusolek, teknik-teknik terkini dan juga warna-warna terkini seharusnya menjadi pengetahuan jurusolek agar ia tidak ketinggalan di dalam solekannya nanti.



Introduction to makeup tools  

DUA Peranan yg perlu diambil perhatian
1.   Hasil solekan yang memukau (bersih)
2.   Berus solekan

PENGENALAN ALATAN SOLEK ~ BERUS.

1.    KENING (EYEBROW BRUSH)
2.    PEMERAH PIPI (BLUSHER BRUSH)
3.    WARNA PEMBAYANG MATA (EYESHADOW BRUSH)
4.    GINCU (LIPSTICK BRUSH)
5.    MASKARA (MASCARA BRUSH)
6.    CELAK MATA (EYELINER)

Isnin, 12 November 2012

Kursus Intensif Secara Professional

Serlahkan Impresi berkekalan !

Tidak perlu berlebihan kala merias seraut kanvas wajah anda. Dengan paduan makeup semudah 1, 2 dan 3, ia pasti menjelitakan anda setiap hari. Hanya calitkan rona-rona magis dengan teknik yang betul bisa menjelitakan wajah anda !!!


Sabtu, 3 November 2012

Entri Jameela di Astro Oasis bermua 4 November 2012

Hadia Timefaces telah diberi kepercayaan untuk turut serta beberapa episode untuk Makeupkan beberapa  orang personality Terhebat di Malaysia ini.
Sekali lagi Farmasi (FCC) menjadi sponsor makeup Hadia Timefaces didalam menjayakan program Entri Jameela (ASTRO OASIS).

SUDI SEKIRANYA PELAWAT YANG DIHORMATI MENJADI FOLLOWER BLOG INI AGAR DAPAT KAMI KONGSIKAN BERSAMA.....

Satu slot untuk Hadia TimeFaces menerangkan Tips dan Teknik Makeup Siang dan Malam dengan menggunakan product FARMASI (FCC)
Bercakap depan camera tidak sama dengan bercakap sewaktu mengajar Kursus Makeup.
































 KRU TERHEBAT DAN PROFESSIONAL