APA ITU MAKEUP DAN ANDAMAN ???
Sekarang memang
kita selalu dengar MAKEUP dan jarang pula dengar ANDAMAN atau MENGANDAM.
Terkini bila dengar Andaman ajer kita mesti terbayangkan atau kefahaman kita
adalah ‘MAKEUP’ yang dibuat oleh jurusolek !!! atau kalau anda berumur sikit
akan fikirkan jurusolek yang agak tua atau berumur.( Mak Andam / Pak Andam).
Selalunya Andaman adalah berkaitan dengan acara perkahwinan mahupun pertunangan.
Selalunya dalam acara perkahwinan / pertunangan akan ada seseorang disamping
Sang Mempelai iaitu Mak Andam. Sebenarnya definasi Andaman dan Makeup adalah
hampir sama tetapi ada perbezaannya.
MENGANDAM…
‘Mengandam’ adalah proses mencantik dan menaikkan seri
pengantin dari segi rohani dan jasmani. Pengantin yang menjalani proses
mengandam digalakkan untuk mengingati kebesaran Pencipta dengan cara berdoa dan
membaca ayat suci Al-Quran seperti berselawat ke atas Nabi, mengucap dua
kalimah syahadah, membaca Surah Al-Fatihah, ayat tiga Qul dan beristigfar.
Bacaan ini dipraktikkan bersama niat dan hati yang tulus ikhlas agar dilindungi
dan dijauhi daripada sebarang gangguan syaitan dan perbuatan khianat manusia.”
Mengandam bukan sahaja untuk cantik semata-mata malah ia
mampu memberikan ketenangan jiwa, meningkatkan keyakinan diri, pengantin tampil
sopan dalam bertingkah laku Pengantin yang tidak berandam dikatakan jiwanya
lebih kosong, mudah menggelabah (darah gemuruh) dan bertingkah laku tidak tenang.
Kelebihan mengandam juga membuatkan tetamu lebih terpesona memandang pengantin
walaupun wajahnya tidak secantik mana kerana terpaut pada tingkah lakunya yang
tenang, lemah lembut dan sopan.
Setiap perbuatan yang kita lakukan pokok pangkalnya
bergantung kepada niat dan keihklasan hati. Pesanan kepada pengantin supaya
sentiasa mengingati kebesaran Allah s.w.t dalam setiap perbuatannya. Pengantin
juga perlu yakin bahawa kecantikan dan wajah yang tampil berbeza selepas
mengandam adalah juga kurniaan dan kebesaran yang Esa bukannya kuasa mengandam
atau mak andam. Kita hanya berusaha, Tuhan yang akan menentukan segalanya. Bagi
saya tidak salah berusaha untuk kelihatan cantik untuk tatapan suami dan kaum
keluarga.
Percaya atau tidak zaman yang serba moden pun masih ada
yang mengamalkan atau berjumpa pengamal sihir kerana cemburu tidak dapat
berkahwin dengan orang yang mereka minat. Seperti sekrang ini pusat-pusat
rawatan pun sudah banyak seperti Darul Syifa dan lain-lain tidak lupa juga
ustaz-ustaz (Dato Harun Din , Dato Hassan Din , Dr Amran kasimin dan
lain-lain). Alhamdulillah dapat juga mereka membantu pada yang memerlukannya.
Oleh itu didalam konsep Andaman sekarang ini adalah lebih kepada ‘protection’
pada pengantin daripada anasir-anasir yang tidak elok itu erti kata lain
seseorang yang ingin makeup atau mengandam pengantin haruslah ada pendinding
yang kuat berlandaskan Hadis dan Al-Quran.
SOLEKAN (MAKEUP)…
Solekan bak seni lukisan, mewarnakannya haruslah faham
akan cerita dan warna yang digunakan seiring dengan teknik yang betul..Solekan
atau makeup..dapat memberi dan membina rasa ‘Keyakinan’ seseorang, di samping
menyerlahkan rupa paras yang cantik dan kemas..Solekan bukannya untuk mengubah
wajah menjadi seperti seseorang: contohnya artis pujaan anda, tujuan solekan
adalah untuk memberikan satu rupa yang dapat menonjolkan kecantikkan anda
sendiri yang selama ini anda sedari ataupun tidak sedar. Solekan juga menaikkan
bentuk hidung yang kurang mancung. Menaikkan tulang pipi agar nampak lebh muda
dan juga dapat menyembunyikan kekurangan yang ada di wajah seseorang..Solekan
mata juga memainkan peranan yang penting..kerana ‘Dari Mata Bermula Segalanya’.
Teknik solekan mata yang betuk dapat menyerlahkan kecantikkan mata yang
memukau. Pengalaman dan teknik solekan haruslah ada pada seorang jurusolek,
teknik-teknik terkini dan juga warna-warna terkini seharusnya menjadi
pengetahuan jurusolek agar ia tidak ketinggalan di dalam solekannya nanti.
Introduction to makeup tools
DUA Peranan yg perlu diambil perhatian
1. Hasil solekan yang memukau (bersih)
2. Berus solekan
PENGENALAN ALATAN SOLEK ~ BERUS.
1.
KENING (EYEBROW
BRUSH)
2.
PEMERAH PIPI
(BLUSHER BRUSH)
3.
WARNA PEMBAYANG
MATA (EYESHADOW BRUSH)
4.
GINCU (LIPSTICK
BRUSH)
5.
MASKARA (MASCARA BRUSH)
6.
CELAK MATA
(EYELINER)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan