Ahad, 29 April 2012

MISI 12 makeup by Profesional MAkeup Artist -HADIA TimeFaces and Makeup Team

 MISI 12 merupakan sebuah program untuk membantu dan merubah masa depan 12 orang remaja terpilih. Mereka ini di kalangan yang menganggur, bertaraf pendidikan rendah, tiada cita-cita, kurang keyakinan diri serta mempunyai masalah sosial. Tujuan utama MISI 12 adalah untuk mengukuhkan emosi mereka supaya mereka memperoleh kemahiran hidup secara praktikal, menjalani kehidupan lebih sihat, melaksanakan matlamat pendidikan mereka dan membentuk asas yang diperlukan untuk mencapai objektif berdikari dan peralihan mereka ke dalam hidup mereka sendiri.



Kami sempat 'Berposing' sebelum rancangan MISI 12 Akhir, Live @ Astro Ria 104. Ini adalah sebahagian di antara peserta2 MISI 12 & bersama2 dengan Make Up Artist Team dari Hadia ~ TimeFaces Hadiartz, Abg Amy (Senior MakeUp Artist ASTRO) & Reen ~ Sanggul Perak.yang berdiri di tengah belakang barisan.

Menyolek Dr.Ezani (Master Chef Musim 1), sebagai tetamu undangan untuk Misi 12 final. Hadia memyolek solekan mata 'socket separuh' dengan menggunakan rangkaian warna2 dari : Miss Rose(Gold,Bronze & Black). Sebelum memulakan solekan mata fdtn & concealer telah diaplikasikan mengikut Tona Kulit Dr.Ezani. Beliau seorang yang Peramah & tidak cerewet. 'Kepercayaan' telah di beri sepenuh kepada Hadia untuk menyolek wajahnya. Beliau 'Berpuas hati' dengan solekan yang dikenakan di wajahnya. Harap kita dapat 'Bekerjasama' di masa akan datang.

Menyolek Fahrin Ahmad selaku Pengacara tetap di dalam program Misi 12. Wajahnya yang bersih, mudah untuk disolek cuma kena tahu memilih tona foundation untuk kulit wajahnya agar wajahnya kelihatan 'Fresh'. Gambar di bawah ini pula adalah dari rangkaian Make Up For Ever Produk : Base-Matifiying Gel, Loose Powder & Foundation dengan Code yang berbeza untuk di 'Mix's' dengan code yang lain supaya mendapat 'Tona' yang bersesuaian dan juga ia kelihatan lebih 'natural' ketika di pentas, ini kerana peranan lampu2 yang digunakan semasa program dijalankan nanti.

Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri yang di iringi oleh Yang Berbahagia Dato Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro hadir bagi menyaksikan dan menyempurnakan acara penyampaian hadiah bagi peringkat akhir Misi 12.
Kesemua 12 peserta telah di beri peluang bekerja setelah di pilih oleh mentor masing-masing.  Tahniah kepada mereka dan semuga mereka akan terus berjaya.
 
Peserta terbaik MISI 12 ialah  Muhammad Subky Halib, 23, menerima hadiah sebanyak RM12,000 dan tropi. 
 







Khamis, 15 Mac 2012

Puteri China (Makeup for Theater Promo ~'Lady Precious Stream')

Wajah Charlene Meng seorang Pelakon yang namanya sedang meningkat naik di arena Teater, Filem & juga drama2 di kaca Televisyen Tempatan.Beliau juga pernah membintangi teater "Cuci-Cuci", "Big Bibik & The Little Nyonyas", " A Light In KL City", 88 Kopitiam & TeleMovie 'Pagi Kabus Awal', 'Gerbang', 'Simpang Jalan', 'Apokalips' & Lain2 lagi. Kini Teater terbaru " Lagenda Cinta" yang akan di pentaskan pada awal Jun 2012... nanti..Nantikan...kemunculan barisan para pelakon yang mempunyai bakat semulajadi & pandai menyanyi...SERTA Jangan Lupa Saksikan Hasil Solekan Ikhlas Dari TIMEFACES HADIARTZ untuk Charlene Meng & juga barisan para pelakon yang lain..bersama2 dengan Gabungan Artistic Team yang lain !...
Masa untuk menyolek 'Lady Precious Stream' hanya 1/2 jam sahaja, memandangkan Tuan Pemilik Jade Museum ini akan menutup Jade Museum miliknya pada 5.30pm. & walaupun mempunyai masa yang suntuk , kami masih juga sempat menghabiskan acara Photoshoot pada petang tersebut..
Proses Penampilan watak sebagai 'Lady Precious Stream' masih 80%. Masih belum memakaikan barangan Jade kepada 'Lady Precious Stream'..
TimeFaces Hadiartz mengaplikasikan pewarna bibir dari Miss Rose yang bersesuaian dengan costume yang di pakai oleh Charlene Meng untuk watak 'Lady Precious Stream' untuk Photoshoot pada hari tersebut
 
 
Salah satu 'Pose' yang diberi oleh 'Lady Precious Stream'...yang menampilkan kelembutan Seorang Puteri..

Photoshoot sedang dijalankan..tetapi ..masih sempat juga 'Lady Precious Stream' melemparkan senyuman kepada TimeFaces Hadiartz...Terima Kasih kepada semua yang berada ketika itu atas pujian yang diberi mengenai hasil solekan ikhlas dari Timefaces Hadiartz..
— with Charlene Meng.
Memberi sentuhan 'Finishing Shimmer' sebelum memakaikan Barangan Jade kepada 'Lady Precious Stream'....
 Sempat mengambil masa untuk bergambar dengan 'Lady Precious Stream' sementara Photog berbincang dengan Pengarah Teater 'Lagenda Cinta' En.Fuad.
  Sebahagian pic's untuk tatapan peminat2 Charlene Meng & Timefaces Hadiartz...Sokongan anda semua 'Pembakar Semangat' untuk terus berkarya di dalam arena 'Seni Lakonan' & 'Seni Solekan'.... ♥ UOLL

Selasa, 6 Mac 2012

Brinda Rishikumar Indian Malaysian Artist (singer)

Dibilik Solekan bersama sebahagian Makeup Artist Berbangsa India. Ms.Brinda Rishikumar..sedang menunggu giliran untuk disolek..kerana pada masa ini Makeup Artist masing2 sibuk. Jelas kelihatan wajahnya yang di dalam 'keletihan'.

 Salah seorang Makeup Artist membuat ikatan sari. Suasana yang agak 'Sibuk' ketika ini..hujan di luar masih masih tidak berhenti tetapi para penonton masih tetap datang untuk memberi sokongan kepada Artis2 Kesukaan mereka.

  3 gadis sunti yang comel ini menjadi pengiring kedatangan PM YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di Kapar Klang Selangor. Pada 26/2/2012 ~ Sempena 'Ponggal Celebration Live Concert'.— at pengsapuri tnb kapar klang.

 Bergambar bersama Artis dari Negara India yang sedang meningkat namanya..di bilik Solek VIP.

 Proses mengaplikasikan solekan mata kepada kepada Ms.Brinda Rishikumar..Artis India Malaysia. * Solekan pada kali ini lebih kepada 'Half Smoky Eye Technique.'.Warna2 yang dipilih adalah dari rangkaian warna2 Miss Rose & Romantic Arabian Eyeshadow Palette.~ Purple, Silver, Black & Red.
 Melukis Kening haruslah Kemas & Bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang..kerana kening yang dilukis itu & bersesuaian, memberi satu 'Cerita' kepada wajah seseorang..
Solekan yang Kemas & Bersih harus di utamakan..selain pilihan warna2 yang bersesuaian dapat memberi Impak pada Keseluruhan Wajah..
Mengaplikasikan pewarna bibir yang bertona terang dari rangkaian pewarna bibir Miss Rose.

 Eyeliner Berwarna Hitam digariskan tebal sedikit untuk memberi kesan bentuk mata yang Besar & bersinar.

Makeup for Artis India Malaysia: Ms.Brinda Rishikumar..in process of 60%.Apply some 'glitters' eye liner for her.
Aplikasi 'Glitters' di pangkal mata utk memberi impak mata 'Bercahaya'..& 'Besar'.

Indian Malaysian Artist(singer): Ms.Brinda Rishikumar..She so excited & really love this makeup touch by TimeFaces Hadiartz.
'Highlight' di tulang bawah kening untuk memberi impak kepada warna mata dan mata lebih kelihatan besar. Hanya menggunakan jari secara 'dapping' untuk kesan yg lebih maksimum.
'Hair Do' in progress..for Indian Malaysian Artist(singer): Ms.Brinda Rishikumar..
Memberi proses 'Hair Do' sebelum Ms.Brinda Rishikumar..ke pentas memberi persembahan berduet bersama Artis dari India Vijay Anthony.
'Hair Do' Curly. She has very thick hair.
Dandanan rambut oleh TimeFaces Hadiartz yang mengambil masa 45minit,kerana rambutnya yang tebal dan perlu dilakukan peringkat demi peringkat utk 'Curly'.
Excited with her hair done by Timefaces Hadiartz.— at pengsapuri tnb kapar klang.