Google+ Followers

Isnin, 24 Disember 2012

Tips : Solekan Untuk Kulit Berminyak.

Walaupun sesetengah orang menganggap Kulit Berminyak adalah faktor anti-penuaan. Kulit wajah yang berminyak akan memberikan kesan wajah yang tidak bermaya, pertumbuhan jerawat, dan wajah yang berkilat. Malangnya, sukar untuk kita menggelak sindrom muka yang berminyak, tetapi kini Hadia TimeFaces mempunyai ‘Teknik-Teknik Solekan Yang Betul’ menjadikan kulit anda Lebih Berseri dan Solekan Yang Kemas.

Berikut adalah beberapa ‘TIPS SOLEKAN’ untuk kulit muka berminyak/berkilat.

Make Up ~’Foundations’, ‘Powders’, ‘Blush’ Dan Banyak Lagi Untuk Kulit Berminyak .

Solekan asas Jenis Cecair (Liquid Foundation) :



·         Gunakan solekan asas jenis cecair yang Lebih Cerah Satu Tona daripada warna kulit asal anda.
• Gunakan solekan asas yang mempunyai kemasan ‘Matte’ supaya wajah anda tidak kelihatan berminyak/berkilat.
• Jangan terlalu banyak menggunakan solekan asas (foundation). Less Is More!
JANGAN!!  sekali-kali menggunakan jari anda untuk menyapu solekan asas di kulit wajah, Ia akan menjadikan lebih banyak minyak ke muka anda yang sudah berminyak!!.
PILIHLAH solekan asas khas untuk kulit berminyak.

Bedak Dwi Cara/Bedak Debu (Powders) :

  • Cari Bedak Dwi Cara (2 Way-Cake/Pressed Powder)  yang Lebih Cerah Satu Tona daripada kulit asal anda.
    Terbaik! ..aplikasikan ‘Pressed Powder’ dengan kemasan Matte’ di wajah anda ini kerana ia pilihan tepat untuk kulit berminyak.
    Elakkan sapuan bedak  solekan asas anda dengan secara mengosok/menarik dan melawan arah bulu roma muka anda. Sapuan yang salah akan mengakibatkan bedak solekan asas anda Berkecapuk/berbelak!!
    Pilihlah bedak solekan asas yang memberikan  ‘Full Coverage’ untuk kulit wajah anda.
    PASTIKAN !.anda melakukan ‘Touch Up!’  untuk mengekalkan solekan anda dan wajah sentiasa kelihatan ‘FRESH’.
 

Pemerah Pipi (Blush) :

  • Gunakan pemerah pipi yang satu tona lebih ringan/cerah di pipi anda. Jika anda inginkan tona  pipi Merah Rose, aplikasikan  pemerah pipi Berwarna Merah Jambu dan bukannya Merah, ini untuk mengelakkan  kulit pipi menjadi gelap disebabkan oleh minyak semulajadi di wajah anda..
  • Pilihlah pemerah pipi yang  jenis ‘bedak padat berwarna’ .
  • Pastikan menggunakan Berus Pipi untuk aplikasi Pemerah Pipi agar lebih kemas & rata.
  • JANGAN sesekali menggunakan jari untuk sapuan pemerah pipi.
  • Cuba ELAKKAN!  mengguna pemerah pipi yang berteksur ‘Cream’ atau ‘Liquid’ atau yang mempunyai kesan 'Shimmer' kerana ia akan menampakkan lagi kesan kilat berminyak di kulit anda.


 Solekan Mata (Eye makeup) :

  • Pastikan sentiasa aplikasikan ‘foundation & powder’ di kelopak mata sebelum membuat solekan di mata.
  • Jika ingin menggunakan Eye Liner, pastikan ia ‘Waterproof’,  ini untuk menggelakkan berlakunya ‘comot’ untuk wajah beminyak.
  • Jangan! sesekali  menggunakan eyeshadow yang berteksur  ‘liquid’ atau ‘cream’.
  • Gunakan pensil eyeliner dan kemudian letakkan sedikit eyeshadow diatasnya, ini untuk menggelakkan warna solekan mata menjadi  cepat Pudar!.
  • CARA TERBAIK! aplikasikan eyeshadow berbentuk  ‘bedak padat berwarna’ (pressed powder eyeshadows)/Matte.








 

Tips Solekan Untuk Kulit Berminyak :

  • Hanya membeli produk solekan yang KHAS untuk Kulit Berminyak/Oily Skin.
  • Cadangan: Sentiasa sapukan ‘astringent with acetone’ yang boleh didapati di farmasi, sebelum memulakan  solekan di wajah anda, dengan penggunaan ‘astringen’  ke wajah ia dapat menutup liang2 roma (pores).
  • Guna ‘blotting paper’  sebelum memulakan solekan.
  • Jangan biarkan ‘cheeks too colorful’. Aplikasikan warna pemerah pipi yang lembut  & tidak berkilat sangat.
  • Jangan Lupa!  lakukan ‘Touch Up’ di wajah untuk mengekalkan solekan anda & wajah kelihatan ‘Fresh’ sepanjang hari.

Pelajarilah/Bacalah Bahan2 Yang Terdapat di Produk Solekan Anda :

  • Pastikan Anda Menggunakan ! foundation yang ada : titanium dioxide. Mengapa titanium dioxide? Kerana ia adalah ‘natural sun protector’.
  • Produk Solekan yang mempunyai bahan Serecite ; this will reduce the appearance of pores and also help absorb oil. To absorb oil and reduce the appearance of pores, look for makeup with serecite.Ia akan mengurangkan pembukaan pori2  kulit wajah dan ia merupakan penyerap minyak yang berkesan.
  • PILIH ! foundation yang mempunyai bahan ‘Kaolin Clay’  kerana ia baik untuk  ‘control oil’.
  • Produk solekan yang mengandungi  Zinc Oxide, kelebihannya adalah ia merupakan faktor ‘Anti-Inflammatory ‘ untuk kulit wajah anda.
  • Pilihlah penyembur segar , ’ lavender water spray’ untuk kesan ‘Segar’ sepanjang hari. Ia juga bagus untuk ‘Hydrating Oily Skin’ dan juga sebagai  ‘Antiseptic’ . Anda juga boleh aplikasikan ‘Jus Timun’ keseluruh wajah anda untuk mengekalkan solekan anda sepanjang hari & juga ia mengandungi  ‘pH Balance’ untuk kulit wajah anda.


Khamis, 22 November 2012

TIPS: Perbezaan Makeup dan Andaman !!!



APA ITU MAKEUP DAN ANDAMAN ???

Sekarang memang kita selalu dengar MAKEUP dan jarang pula dengar ANDAMAN atau MENGANDAM. Terkini bila dengar Andaman ajer kita mesti terbayangkan atau kefahaman kita adalah ‘MAKEUP’ yang dibuat oleh jurusolek !!! atau kalau anda berumur sikit akan fikirkan jurusolek yang agak tua atau berumur.( Mak Andam / Pak Andam). Selalunya Andaman adalah berkaitan dengan acara perkahwinan mahupun pertunangan. Selalunya dalam acara perkahwinan / pertunangan akan ada seseorang disamping Sang Mempelai iaitu Mak Andam. Sebenarnya definasi Andaman dan Makeup adalah hampir sama tetapi ada perbezaannya.

MENGANDAM…

‘Mengandam’ adalah proses mencantik dan menaikkan seri pengantin dari segi rohani dan jasmani. Pengantin yang menjalani proses mengandam digalakkan untuk mengingati kebesaran Pencipta dengan cara berdoa dan membaca ayat suci Al-Quran seperti berselawat ke atas Nabi, mengucap dua kalimah syahadah, membaca Surah Al-Fatihah, ayat tiga Qul dan beristigfar. Bacaan ini dipraktikkan bersama niat dan hati yang tulus ikhlas agar dilindungi dan dijauhi daripada sebarang gangguan syaitan dan perbuatan khianat manusia.”
Mengandam bukan sahaja untuk cantik semata-mata malah ia mampu memberikan ketenangan jiwa, meningkatkan keyakinan diri, pengantin tampil sopan dalam bertingkah laku Pengantin yang tidak berandam dikatakan jiwanya lebih kosong, mudah menggelabah (darah gemuruh) dan bertingkah laku tidak tenang. Kelebihan mengandam juga membuatkan tetamu lebih terpesona memandang pengantin walaupun wajahnya tidak secantik mana kerana terpaut pada tingkah lakunya yang tenang, lemah lembut dan sopan.
Setiap perbuatan yang kita lakukan pokok pangkalnya bergantung kepada niat dan keihklasan hati. Pesanan kepada pengantin supaya sentiasa mengingati kebesaran Allah s.w.t dalam setiap perbuatannya. Pengantin juga perlu yakin bahawa kecantikan dan wajah yang tampil berbeza selepas mengandam adalah juga kurniaan dan kebesaran yang Esa bukannya kuasa mengandam atau mak andam. Kita hanya berusaha, Tuhan yang akan menentukan segalanya. Bagi saya tidak salah berusaha untuk kelihatan cantik untuk tatapan suami dan kaum keluarga.
Percaya atau tidak zaman yang serba moden pun masih ada yang mengamalkan atau berjumpa pengamal sihir kerana cemburu tidak dapat berkahwin dengan orang yang mereka minat. Seperti sekrang ini pusat-pusat rawatan pun sudah banyak seperti Darul Syifa dan lain-lain tidak lupa juga ustaz-ustaz (Dato Harun Din , Dato Hassan Din , Dr Amran kasimin dan lain-lain). Alhamdulillah dapat juga mereka membantu pada yang memerlukannya. Oleh itu didalam konsep Andaman sekarang ini adalah lebih kepada ‘protection’ pada pengantin daripada anasir-anasir yang tidak elok itu erti kata lain seseorang yang ingin makeup atau mengandam pengantin haruslah ada pendinding yang kuat berlandaskan Hadis dan Al-Quran.


 SOLEKAN (MAKEUP)…

Solekan bak seni lukisan, mewarnakannya haruslah faham akan cerita dan warna yang digunakan seiring dengan teknik yang betul..Solekan atau makeup..dapat memberi dan membina rasa ‘Keyakinan’ seseorang, di samping menyerlahkan rupa paras yang cantik dan kemas..Solekan bukannya untuk mengubah wajah menjadi seperti seseorang: contohnya artis pujaan anda, tujuan solekan adalah untuk memberikan satu rupa yang dapat menonjolkan kecantikkan anda sendiri yang selama ini anda sedari ataupun tidak sedar. Solekan juga menaikkan bentuk hidung yang kurang mancung. Menaikkan tulang pipi agar nampak lebh muda dan juga dapat menyembunyikan kekurangan yang ada di wajah seseorang..Solekan mata juga memainkan peranan yang penting..kerana ‘Dari Mata Bermula Segalanya’. Teknik solekan mata yang betuk dapat menyerlahkan kecantikkan mata yang memukau. Pengalaman dan teknik solekan haruslah ada pada seorang jurusolek, teknik-teknik terkini dan juga warna-warna terkini seharusnya menjadi pengetahuan jurusolek agar ia tidak ketinggalan di dalam solekannya nanti.



Introduction to makeup tools  

DUA Peranan yg perlu diambil perhatian
1.   Hasil solekan yang memukau (bersih)
2.   Berus solekan

PENGENALAN ALATAN SOLEK ~ BERUS.

1.    KENING (EYEBROW BRUSH)
2.    PEMERAH PIPI (BLUSHER BRUSH)
3.    WARNA PEMBAYANG MATA (EYESHADOW BRUSH)
4.    GINCU (LIPSTICK BRUSH)
5.    MASKARA (MASCARA BRUSH)
6.    CELAK MATA (EYELINER)

Isnin, 12 November 2012

Kursus Intensif Secara Professional

Serlahkan Impresi berkekalan !

Tidak perlu berlebihan kala merias seraut kanvas wajah anda. Dengan paduan makeup semudah 1, 2 dan 3, ia pasti menjelitakan anda setiap hari. Hanya calitkan rona-rona magis dengan teknik yang betul bisa menjelitakan wajah anda !!!


Sabtu, 3 November 2012

Entri Jameela di Astro Oasis bermua 4 November 2012

Hadia Timefaces telah diberi kepercayaan untuk turut serta beberapa episode untuk Makeupkan beberapa  orang personality Terhebat di Malaysia ini.
Sekali lagi Farmasi (FCC) menjadi sponsor makeup Hadia Timefaces didalam menjayakan program Entri Jameela (ASTRO OASIS).

SUDI SEKIRANYA PELAWAT YANG DIHORMATI MENJADI FOLLOWER BLOG INI AGAR DAPAT KAMI KONGSIKAN BERSAMA.....

Satu slot untuk Hadia TimeFaces menerangkan Tips dan Teknik Makeup Siang dan Malam dengan menggunakan product FARMASI (FCC)
Bercakap depan camera tidak sama dengan bercakap sewaktu mengajar Kursus Makeup.
































 KRU TERHEBAT DAN PROFESSIONAL