Google+ Followers

Rabu, 28 Disember 2011

AIR ASIA DINNER NIGHT At Convension Centre KLCC

Makeup Location IMPIANA HOTEL AND SPA KLCC
Sempat 'Posing' sebelum TimeFaces Hadiartz berangkat pulang setelah selesai 'Tugas' yang di amanahkan.
TimeFaces Hadiartz client's : Puteri Chomel, Mai Suria & Sarah Aziz yang sangat berpuas hati dengan 'Hasil Solekan' yang diberi oleh TimeFaces Hadiartz. Tema solekan untuk Majlis Makan Malam AIR ASIA adalah : Arabian, Spider Witch & Pirate Lady.
Puteri Chomel, Mai Suria & Sarah Aziz setelah selesai solekan ikhlas dari TimeFaces Hadiartz @ IMPIANA HOTEL & SPA KLCC KL
'Close Up' ~ Ketiga-tiga client TimeFaces Hadiartz : Puteri Chomel, Mai Suria & Sarah Aziz . Mereka 'Cantik & Menawan'.

Tema Solekan: Spider Witch, membuat 'shading' di batang hidung haruslah 'blend' dengan kemas & cantik. Tujuan 'shading' di batang hidung adalah untuk menaikkan & mencantikkan penampilan bentuk hidung selari dengan solekan yang dibuat keseluruhannya. ada setengah2 Juru Solek gemar meletakkan 'shimmer' di tengah batang hidung..untuk menyerlahkan bentuk hidung 'Mancung Bak Seludang', TETAPI bagi TimeFaces Hadiartz, kami lebih gemar menggunakan 'highlight yang berwarna 'putih'/'coklat cerah' & berteksur 'Matte'. Kami percaya ia lebih kelihatan 'Natural' & tidak 'Berkilat di batang hidung'.
Sebagai seorang Juru Solek(Makeup Artist) ketika menjalankan 'Tugasan' haruslah tahu mengenai 'Tertib & Peraturan' terhadap 'Client's'. contoh: komunikasi 2 pihak, kebersihan diri, penampilan seorang juru solek, cara meletakkan tangan(berlapik) dll.
Gambar diatas adalah 'Tenik Menutup Bulu Kening', ini adalah salah satu Tenik Melakar Kening tanpa 'Mencabut Bulu Kening'. Sekarang ini ramai 'client' TimeFaces Hadiartz meminta untuk tidak mencabut bulu kening mereka & kami menghormati permintaan 'client' .
Sebelum memulakan solekan mata, bedak debu haruslah diletakkan di bawah mata ia bertujuan untuk kemasan sekiranya lebihan debu eyeshadow jatuh di bawah mata, kita dapat membersihkannya dengan mudah.
 
Setelah melakukan 'Tutup Kening', kami membentuk semula kening dengan 'eyebrow pencil'. Solekan Spider Witch ini adalah ilham dari TimeFaces Hadiartz, namun atas permintaan Mai Suria yang pemalu ini kami tidak melakarkan 'spider Web' di dahi & di bawah mata, hanya seekor 'little spider' kami melukis di pipi sebelah kanan.
Puteri Chomel dengan tema : Arabian Lady.
Puteri Chomel wajah selepas disolek sebagai Arabian Lady..
Sarah Aziz dengan tema : Pirate Lady.
Sebelum memulakan solekan, pastikan wajah dibersihkan, rambut di kemas tepi & jangan lupa memakai apron di dada.
Teknik 'Shading' & 'Highlight' harus dilakukan dengan betul & kemas. ~ Melihat pada bentuk wajah, ada yang tidak berpuas hati. Pastinya yang bulat inginkan wajah bujur, yang cengkung mahu dilihat lebih berisi dan sebagainya. Untuk menutup kelemahan pada wajah, sebenarnya ada caraya iaitu dengan menggunakan solekan. Solekan mampu mengubah bentuk wajah seperti yang anda inginkan. Meskipun ia dilihat sebagai ilusi, tetapi percayalah anda pasti berpuas hati.
Untuk mendapatkan bentuk wajah yang ingini, anda perlu mencuba teknik yang disarankan ini iaitu ‘Shading’ & 'Highlight'.Teknik ‘Shading’(pembentukan pembayang wajah) & 'Highlight' memberi impak yang besar dalam kecantikan sebenar wajah anda.
Solekan mata baru saja bermula ...menggunakan warna2 dari Miss Rose 3D.
Masih di dalam proses untuk 'blend colors'..
Salah seorang student~ Amy dari TimeFaces Hadiartz beliau  diberi peluang merasai pengalaman & membuat 'HairDo' untuk Sarah Aziz.

Sarah Aziz selepas solekan dibuat sebagai Pirate Lady..

Ahad, 25 Disember 2011

FOUNDATION BRUSH

LIMITED ITEM FOR SALE...... JUST RM55 (including postage)
 

Miss Rose Profesional Makeup KIT (COLOR SPIRIT)

Harga sebenar RM95 - 110 diluar sana.. 
Sempena tahun baru 2012 ini OFFER RM75 sahaja...
(postage pos laju sila tambah RM6)

Berminat sila sms : colorspirit_Blogpromo75

dan hantar ke      :  0129303077

PROMOSI INI SELAGI STOCK MASIH ADA...

Khamis, 15 Disember 2011

Demo Make Up Uptown Kota Damansara

Demo make up ini adalah bertujuan untuk menguji Minda dan Jati Diri apabila membuat Make Up Demo di hadapan orang ramai, bermacam2 soalan drpd Pengunjung Bazaar, Tempat Yang Terhad dan hanya menggunakan barangan make up yang dijual oleh pemilik tapak. MORAL OF THE STORY ~ MAKE UP YANG CANTIK ADALAH BERGANTUNG PADA KREATIVITI TANGAN SEORANG 'MAKE UP ARTIST' WALAUPUN MENGGUNAKAN JENAMA MAKE UP YANG TIDAK DI KENALI RAMAI ATAU YANG lebih MURAH.....
 Bagaimanakah anda sebagai 'MAKE UP ARTIST' untuk menghadapi soalan2 tentang solekan semasa di dalam membuat JOB MAKEUP?
Sebahagian jualan barangan solekan oleh Pemilik Tapak Jualan di Bazaar. TimeFaces Hadiartz hanya menggunakan barangan solekan yang ada terdapat di situ. Kadangkala 'Terfikir'.. tidak semestinya barangan solekan yang berjenama menjadikan solekan anda 'Cantik & Kemas', ia sebenarnya terletak pada 'Skill' & juga 'Ilmu Pengetahuan' mengenai 'Apa Itu Solekan' di samping 'Pengalaman' mengajar seseorang 'Make Up Artist' menjadi lebih 'Peka & Cerewet' di dalam menghasilkan solekan. Begitulah juga apa yang TimeFaces Hadiartz miliki..selama berkecimpung di arena ini selama lebih dari 10 tahun.
Sempat bergambar dengan Model semasa 'Demo Make Up' * Diyana Nur, selepas selesai segalanya..Alhamdullilah..ramai pengunjung2 di situ Berpuashati & Suka dengan 'Hasil' yang dilakukan...
TimeFaces Hadiartz merakamkan Ribuan Terima Kasih kepada Pemilik Tapak Pn.Romy Fiza Bella, atas Kepercayaan & Kerjasama sepanjang 'Demo Make Up' ini dijalankan...

Isnin, 5 Disember 2011

EyeShadow Application Technic

TEKNIK INI MENGUNAKAN 
PRODUCT MISS ROSE 
WET AND DRY COLOR....

  Semasa Kursus Lanjutan ASAS akan diajar juga pelbagai bentuk aplikasi EyeShadow Teknik dan Tips yang mudah & berkesan.

Pn. Kamariah : Solekan Dinner untuk Hong Leong Bank @ Mines. Tema pada malam tersebut adalah 'Gala Red Carpet'. Wajah yang telah dibersihkan & bersedia untuk disolek oleh TimeFaces Hadiartz.
Setelah wajah disapukan dengan foundation Naturactor Code 141+151, bedak debu diletakkan di bawah mata sebelum memulakan solekan mata. kali ini TimeFaces Hadiartz membuat solekan 'Smoky Arabian'.
Di dalam membuat solekan mata, harus dilakukan dengan kemas & cantik..serta bersesuaian dengan bentuk mata 'client'. Warna2 yang dipilih adalah berdasarkan 'Tema' & 'Warna2 Yang Menaikkan Wajah' seseorang itu.


Semasa proses solekan mata, 'Blending' sangat penting supaya warna2 yang diaplikasikan menjadi lebih cantik & kemas.

Proses terakhir sebelum meleyakkan bulu mata palsu. Tips: meletakkan bulu mata palsu haruslah ditempat yang betul & kemas begitu juga pemilihan bulu mata palsu haruslah kelihatan natural jangan terlalu kelihatan seperti bulu mata burung kasawari..Hanya memberi pendapat sahaja..

Solekan mata masih hampir siap keseluruhannya..setelah meletakkan bulu mata palsu.
Celak mata bawah diberi penekanan agar mata kelihatan lebih 'Galak' terutamanya untuk solekan malam.
Setelah selesai solekan mata, baru beralih pula dengan sapuan pemerah pipi dan pewarna bibir. Untuk kemasan yang lebih cantik & rata serta tahan lama, bedak compact diberi sentuhan secara 'Dapping' kemudian baru diberi sentuhan akhir Loose Powder. Menurut Pn.Kamariah, selepas saja TimeFaces Hadiartz memberi 'Final Touch Up' beliau tidak langsung 'Touch Up' wajahnya sehingga pulang ke rumah. Menurutnya 'Tiada apa yang perlu di 'Touch Up' semuanya kelihatan seperti baru sahaja bersolek'. Terima Kasih atas pujian beliau.