Google+ Followers

Jumaat, 29 Julai 2011

Makeover JUNE 2011

Pn.Hanan adalah surirumah sepenuh masa menjadi model pada kali ini yang sudi untuk solekan ‘MakeOver’. Teksur kulit wajah campur : berminyak di ‘T’ zone & cepat berpeluh memerlukan penggunaan foundation yang tepat untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Pn.Hanan.

Foundation pada kali ini Timefaces Hadiart’s menggunakan MAC liquid foundation yang sesuai untuk ‘All Skin Type’ + Naturactor 141. Bagi solekan mata pula Timefaces Hadiart’s mengaplikasikan warna2 dari Dubai Eyeshadow Colors.

Solekan ‘MakeOver’ yang Timefaces Hadiart’s lakukan keatas Pn.Hanan adalah solekan ‘Arabian’ & ‘Casual’. Di Sini kita boleh lihat wajah sebelum & selepas adalah berbeza & lebih segar serta lebih kelihatan muda berbanding sebelumnya. Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Pn.Hanan serta anak2nya di dalam menjayakan ‘MakeOver’ pada hari tersebut.

TIPS~ Bagi mereka yang mempunyai masalah muka cepat berpeluh , anda boleh menggunakan sapuan ice cube ke wajah anda dalam 1 ke 2 minit sebelum memulakan solekan.

Sabtu, 16 Julai 2011

Mari Menari 2011 MM MIZI

Solekan untuk MM MIZI (Amanina Maisarah) yang bertemakan ‘LYRICAL’ untuk Minggu ke 4 : Lagu ‘Kaulah Segalanya’ :Ruth Sahayana.

Kali ini solekan agak berbeza sedikit kerana teknik solekan seakan solekan ‘Arab’. Tumpuan lebih pada solekan mata yang member penekanan pada ‘eyeshadow dan eyeliner’. Amanina memiliki kulit wajah yg bersih dan bertona hitam manis jadi untuk solekan kali ini penekanan pada penyapuan tona ‘foundation’ haruslah tepat agar kulit wajahnya tidak kelihatan terlalu putih ataupun gelap.

Solekan mata untuk Amanina adalah solekan mata ‘socket’ dan di aplikasikan sedikit pengayaan solekan ‘smokey eyes’.

Jumaat, 15 Julai 2011

Solekan ‘STAGE’ Untuk Mari Menari Di ASTRO Yang Bertemakan ‘HIP HOP’.


Solekan untuk MM RAZMAN (Elta Surya) pada kali ini bertemakan ‘HIP HOP’..

Solekan adalah di atas permintaan ‘Jurutari’ (Mark Yong) mereka sendiri. Solekan pentas ..haruslah tebal , cantik dan kemas. Setiap perincian solekan pentas harus di ambil kira kerana ini untuk menjadikan solekan kita ‘Cantik & Kemas’ terutamanya jika ia menjadi tumpuan ‘CameraMan’ di dalam siaran langsung. Solekan ‘Ala Marching Doll’ yang bersesuai dengan ‘costume’ menjadikan ia lebih kelihatan cantik.

Solekan untuk Elta Surya kali ini lebih di beri tumpuan pada teknik solekan ‘DOLL’ yang mana di utamakan dalam solekan mata dengan pemakaian ‘Bulu Mata Palsu’ yang panjang!! Ia menjadikan solekan keseluruhannya Cantik! .

Solekan utk Peserta MARI MENARI D ASTRO RIA.
BASE: Meiko Fdtn 140 + EYESHADOW: 120 Dubai Eyeshadow + Mac Lipstick.


p/s: Pada sesiapa nak komen silakanlah semuago kita semua mendapat sesuatu...

Khamis, 7 Julai 2011

Tips Solekan : Pemakaian Foundation

Reactions:


TIMEFACES HADIART’S ada membincangkan mengenai perkara ini. Kita telah diperkenalkan dengan penggunaan base’ didalam solekan bukan? Adakah anda telah mendapatkan baseyang sesuai untuk wajah anda? Perlu diingatkan sekali lagi penggunaan base amat penting kerana ia akan memberi kesan yang lebih menarik serta cantik jika dipakai sebelum anda semua menyapu foundation ke wajah anda.

Bercakap mengenai foundation, kali ini TIMEFACES HADIART”S akan membincangkan tentang pemakaian foundation secara betul dan berkesan. Foundation merpakan asas utama dalam seni solekan. Seperti semua sedia maklum, penggunaan foundation secara betul dan teratur akan menjadikan wajah kita lebih sempurna. Setelah foundation disapu, wajah kita akan berubah menjadi selembar kanvas yang halus serta mulus yang sedia untuk dicorakkan.

Foundation terbahagi kepada beberapa jenis iaitu yang berunsur cecair (liquid), krim, stik (stick), mousse dan beberapa jenis yang lain. Jenis foundation yang akan diguna bergantung kepada kondisi kulit anda sendiri. Namun ada sesetengah antara kita semua membeli foundation setelah menonton iklan di TV ataupun terpengaruh kepada kata-kata jurujual. Harus diingat, jenis foundation bergantung kepada kesesuai kulit kita dan juga kondisi kulit itu sendiri.

Apabila anda membeli foundation, anda perlu mengenal pasti dahulu jenis serta kecenderungan kulit anda. Jika anda berkulit kering, pilihlah foundation berunsur krim atau stick. Foundation berunsur cecair amat sesuai kepada kulit normal serta berminyak. Namun sila pastikan anda memilih foundation yang bahan pembuatannya berunsur air. Bagi kulit yang cenderung berminyak, foundation yang berunsur mousse lebih sesuai kerana ia terdiri daripada bahan bebas minyak dan matte finished.

Selain itu, anda perlu menitikberatkan warna foundation apabila membeli foundation untuk wajah anda. Sebagai tips, kulit yang cerah, pilihlah foundation yang bertona cerah/light. Tona warna medium sangat sesuai pada yang berkulit sawo matang manakala yang berwajah cenderung kepada gelap, sila pilih warna dari kumpulan tona deep. Jika anda mahu selamat, pilih warna natural supaya wajah anda tidak kelihatan seperti tepung gomak semasa bersolek. Pada kaum lelaki pula, warna natural adalah yang paling sesuai kerana warna ini mampu mengelakkan anda daripada kelihatan seperti memakai topeng.

Tips memilih warna yang sesuai bagi anda ialah dengan menyapu sedikit foundation yang mahu dibeli di bahagian rahang atau di dahi anda sendiri. Kerap kali kita mencuba foundation di pergelangan tangan. Awas, kulit wajah masih kulit wajah, tidak akan sama dengan kulit tangan! Setelah menyapu foundation pada rahang atau dahi, Perhatikan! Jika warna yang disapukan kelihatan seakan-akan dengan warna asli kulit, Itulah warna yang paling sesuai untuk anda. Mudah bukan?!

Apabila mengaplikasi foundation, pastikan anda menyapu seluruh wajah anda dengan foundation secara merata dan tidak bercapuk-capuk. Gunakan span yang sesuai apabila menyapu foundation. Berus khas yang dikenali sebagai foundation brush juga bagus digunakan. Jika anda menggunakan foundation blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih bagus serta kompleksi wajah juga terserlah. TRUST ME!!!

Berbincang mengenai jenama foundation yang ada di pasaran kini, terlalu banyak jenama yang mengeluarkan foundation, yang paling kita ketahui ialah MAC bukan? Tetapi anda juga perlu tahu terdapat ratusan jenama yang ada dalam pasaran dewasa ini. Jenama seperti, Kryolan, Benefit, Stage, Bobbi Brown, Profesional dan beberapa jenama yang gah lain turut mendapat perhatian para jurusolek serta pencinta solekan. Namun, harga satu-satu foundation keluaran jenama di atas agak tinggi.. Tetapi, bagi anda yang budget sederhana, jangan risau, jenama seperti Maybelline, Revlon, Sari Ayu, Mustika Ratu, Elianto juga bagus serta harganya sungguh berpatutan dan mampu dimiliki! Kualitinya juga tidak kurang hebat.

Berikut adalah antara jenama serta jenis foundation yang terdapat di pasaran yang menjadi pilihan TIMEFACES HADIART’S.


Jenama: Kryolan

Jenis: Stick

Harga: RM90++ Kepuasan Penggunaan :95%

Jenama: Benefit
Jenis: Stick
Harga: RM120++Kepuasan Penggunaan : 90%

Jenama: Maybelline
Jenis: Mousse
Harga: RM30++
Kepuasan Penggunaan : 80%

Jenama: MAC
Jenis: Stick
Harga: RM120++ Kepuasan Penggunaan : 95%

Jenama: MAC
Jenis: Liquid
Harga: RM120++
Kepuasan Penggunaan : 95%