Google+ Followers

Selasa, 11 September 2012

Hadia TimeFaces & FARMASI Color Cosmetic (FCC)

ulasan Hadia TimeFaces 
bersama 
FARMASI Color Cosmetic 

Pada 7hb Sept 2012 merupakan satu peluang 'Keemasan' yang diberi oleh Pihak FCC (FARMASI Color Cosmetic) untuk Hadia Timefaces Hadiartz mencuba Koleksi Solekan FCC yang sememangnya koleksi rangkaian warna2nya yang cantik serta 'Setanding' dengan Produk Solekan yang Berjenama seperti Inglot, MAC, PAC dll. Walau bagaimana pun Hadia percaya masing2 mempunyai 'kelebihannya'..& juga pengemar2 mereka tersendiri di dalam Dunia Persolekan. 'Kelebihan' FCC yang Hadia suka ialah ia merupakan produk solekan yang mempunyai Sjil Halal dari Istanbul.
MAKEUP TEMA : "Color Parade"
 Seisi solekan bermula dengan produk Solekan Asas FCC : HIGH PERFORMANCE FOUNDATION. Code 7, ke atas Model Ira. Solekan Asas yang ringan teksurnya serta mempunyai Anti Penuaan (Anti Aging), 'Revitalizing and Firming' bahan-bahan yang diguna di dalam Solekan Asas ini boleh bertahan lama & juga memberi 'Nutrition', 'Full Coverage', 'Improves Skin Conditions', 'Protect Skin from the Damage of UV Rays' & 'Natural Finish with Full Coverage'. 
 Ms.Ira mempunyai kulit jenis berminyak & mudah berpeluh, oleh itu Hadia mengadunkan campuran sedikit Solekan Asas dengan STAY MATTE FOUNDATION. Code 05 untuk mendapatkan tona kulit sebenarnya. Penyapuan Solekan Asas seharusnya tidak melebihi tona kulit asal & sebaik2nya carilah tona solekan asas 1:1 atau jika ingin kelihatan sedikit cerah carilah sekurang-kurangnya 2 tone dari tona kulit anda. Anda pasti tidak mahu kulit wajah kelihatan seperti 'Topeng' atau tona kulit yang sangat berbeza dengan tona kulit pada tangan anda??
 Penggunaan Berus Solekan Asas juga memainkan peranan yang penting selain 'Ilmu','Skill' & Kualiti Berus. Solekan juga memainkan peranan yang penting di dalam solekan. Stipling Brush digunakan di dalam penyapuan solekan asas untuk menghasilkan penyapuan yang sekata.
 Selepas penyapuan solekan asas kini wajah Ms.Ira diberi sapuan rata dengan SILKY TOUCH COMPACT POWDER. Code 08. Teksurnya yang ringan serta 'Matte Coverage', memberi Keselesaan serta kulit wajah Kelihatan Gebu.
 Solekan mata pula Hadia memilih pilihan rangkaian warna2 dari TERRACOTA 4 COLOUR EYE SHADOW. Code 06 & SOFT TOUCH MONO EYE SHADOW. Code 06 & 19. Warna2 yang diaplikasikan mempunyai warna2 yang mewah serta tahan lama sepanjang hari & ia tidak luntur atau pudar ketika anda berpeluh. Hadia sangat menyukainya & anda harus mencubanya!!..



 Sapuan pemerah pipi adalah dari pilihan rangkaian warna TERRACOTTA POWDER. CODE 01 & TERRACOTTA BLUSH ON. Code 03&04. Warna bibir pula pilihan dari warna LIP MAXIMIZER LIPSTICK. Code 6 & GLEAM ROUGE LIQUID LIPSTICK. Code 17.
 GLITTERS EYELINER. Code 03 & KOHL PENCIL. Code Extra Black untuk sapuan yang memberi mata kelihatan lebih menyerlah & kelihatan lebih 'Fresh Look'. Tips: untuk solekan garisan mata lebih tahan lama serta tidak mudah 'comot': selepas mengariskan dengan eyeliner pencil, letak pula dengan solekan eyeshadow yang berwarna hitam atau mengikut warna eyeliner yang anda gariskan ke atas eyeliner tersebut.
 So Excited & Happy..Happy..Happy bila melihatnya...tidak dapat membayangkan jika Hadia memiliknya...
 Ms.Ira setelah wajahnya selesai disolek oleh Timefaces Hadiartz. Tema kali ini adalah 'Color Parade'. Pilihan warna-warna yang 'Stunning All The Day Long' dari Rangkaian Produk Solekan FCC Farmasi Colour Cosmetics.
(Maaf quality gambar kurang sharp hanya menggunakan handphone E72-Nokia)

Isnin, 10 September 2012

Blog Folowers Timefaces "SPECIAL THANKS"


To all TimeFaces Blog followers and visitor thanks for your support. Insya'allah TimeFaces akan berikan yg terbaik untuk anda semua daripada segi tips-tips kecantikan terkini , perkhidmatan serta pembelajaran bersama HADIA TimeFaces dari semasa ke semasa.



BLOG INI MENDAPAT SAMBUTAN BUKAN SAHAJA DARIPADA MALAYSIA MALAH DILUAR NEGARA. DAN ADA YANG MENGHUBUNGI KAMI SECARA EMAIL ATAU HP INGIN BERTANYAKAN PENDAPAT HADIA TENTANG MAKEUP ATAU KURSUS MAKEUP TERKINI.
Dengan sambutan yang diterima oleh pihak kami akan lebih bersemangat untuk berkarya lagi demi untuk berkongsi ilmu solekan dan cara penggunaan product cosmetic yang ada pasaran di Malaysia atau pun di Luar Negara........

PADA 7hb September 2012 (sempena Hari Lahir my Royal PA - Happy birthday Mr.Zazley), Hadia daripada TimeFaces telah di jemput oleh pihak FARMASI ( FCC ) Cosmetic di Putra Height untuk mencuba semua product makeup mereka.


Saksikan nanti ulasan Hadia TimeFaces 
bersama 
FARMASI Color Cosmetic


 

GUNA KOSMETIK TANPA WAS-WAS

SEKALIPUN mahu kelihatan cantik, wanita Muslim perlu berhati-hati supaya tidak terjebak menggunakan produk kosmetik tidak halal.
Kehadiran Farmasi Colours Cosmetic (FCC) dari Turki yang dijamin halal dalam pasaran Malaysia sejak tiga tahun, sebenarnya telah memberi peluang kepada wanita di negara ini untuk menggunakan kosmetik tanpa was-was.
Pengarah Eksekutif di Naturalife Solution Sdn. Bhd., Ili Zawani Datuk Ismail, 24, berkata, beliau juga tidak menyangka usahanya membawa masuk FCC di negara ini akhirnya telah membawa kejayaan yang diharapkan.
Lagi pun katanya, nama FCC sudah lama terkenal di 50 buah negara di seluruh dunia.

Bagaimanapun jelas gadis berusia 24 tahun ini, beliau juga tidak menjangka akan menjadi 'taukeh kosmetik' di usia yang masih muda.
Kata Ili Zawani, walaupun sebelum ini beliau bukannya seorang yang suka menggenakan solekan kecuali pada majlis tertentu sahaja, FCC membuatkan beliau mula mendalami seni solekan.
''Biasanya sebelum ini saya lebih sukakan gaya sederhana iaitu hanya memakai bedak, pembayang mata dan gincu bibir sahaja apabila keluar rumah,'' ujar anak kedua dari tiga adik beradik ini.
Ceritanya pembabitan awal dalam dunia perniagaana bermula ketika beliau berada pada tahun akhir ketika mengikuti kursus sijil tambahan daripada badan perakaunan profesional, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Kolej Universiti Sunway.

''Ayah pula secara tiba-tiba sahaja menyerahkan tanggungjawab menerajui Naturalife Solution yang ketika itu menghadapi masalah disebabkan tidak diuruskan dengan baik,'' katanya.
Bagaimanapun IIi Zawani mengakui tidak dapat menolak hasrat ayahnya itu sekalipun ketika itu beliau tidak berada di dalam keadaan bersedia untuk menjadi usahawan.
''Hasil dari pembacaan di dalam Internet akhirnya saya terjumpa dengan satu jenama kosmetik yang dikeluarkan dari Istanbul, Turki,'' katanya.

Katanya, daripada pertemuan dengan pengeluar akhirnya Ili Zawani mendapat peluang sebagai pengedar kosmetik FCC dan yakin FCC mampu bersaing dengan jenama kosmetik lain yang telah lama berada di negara ini memandangkan ia berstatus produk halal.
Di samping itu, katanya, pengguna juga mempunyai banyak pilihan dengan menikmati kualiti kosmetik yang setaraf dengan jenama terkenal.
"FCC memberikan pilihan ini kepada pengguna dan ternyata daripada sambutan yang diberikan menunjukkan kosmetik ini semakin diterima wanita Malaysia,'' ujarnya.
Bagaimanapun kata Ili, setakat ini kosmetik FCC hanya boleh dibeli di pusat membeli-belah tertentu seperti Parkson, Jusco dan terbaru di Carrefore, Subang Jaya.