Rabu, 28 Disember 2011

AIR ASIA DINNER NIGHT At Convension Centre KLCC

Makeup Location IMPIANA HOTEL AND SPA KLCC
Sempat 'Posing' sebelum TimeFaces Hadiartz berangkat pulang setelah selesai 'Tugas' yang di amanahkan.
TimeFaces Hadiartz client's : Puteri Chomel, Mai Suria & Sarah Aziz yang sangat berpuas hati dengan 'Hasil Solekan' yang diberi oleh TimeFaces Hadiartz. Tema solekan untuk Majlis Makan Malam AIR ASIA adalah : Arabian, Spider Witch & Pirate Lady.
Puteri Chomel, Mai Suria & Sarah Aziz setelah selesai solekan ikhlas dari TimeFaces Hadiartz @ IMPIANA HOTEL & SPA KLCC KL
'Close Up' ~ Ketiga-tiga client TimeFaces Hadiartz : Puteri Chomel, Mai Suria & Sarah Aziz . Mereka 'Cantik & Menawan'.

Tema Solekan: Spider Witch, membuat 'shading' di batang hidung haruslah 'blend' dengan kemas & cantik. Tujuan 'shading' di batang hidung adalah untuk menaikkan & mencantikkan penampilan bentuk hidung selari dengan solekan yang dibuat keseluruhannya. ada setengah2 Juru Solek gemar meletakkan 'shimmer' di tengah batang hidung..untuk menyerlahkan bentuk hidung 'Mancung Bak Seludang', TETAPI bagi TimeFaces Hadiartz, kami lebih gemar menggunakan 'highlight yang berwarna 'putih'/'coklat cerah' & berteksur 'Matte'. Kami percaya ia lebih kelihatan 'Natural' & tidak 'Berkilat di batang hidung'.
Sebagai seorang Juru Solek(Makeup Artist) ketika menjalankan 'Tugasan' haruslah tahu mengenai 'Tertib & Peraturan' terhadap 'Client's'. contoh: komunikasi 2 pihak, kebersihan diri, penampilan seorang juru solek, cara meletakkan tangan(berlapik) dll.
Gambar diatas adalah 'Tenik Menutup Bulu Kening', ini adalah salah satu Tenik Melakar Kening tanpa 'Mencabut Bulu Kening'. Sekarang ini ramai 'client' TimeFaces Hadiartz meminta untuk tidak mencabut bulu kening mereka & kami menghormati permintaan 'client' .
Sebelum memulakan solekan mata, bedak debu haruslah diletakkan di bawah mata ia bertujuan untuk kemasan sekiranya lebihan debu eyeshadow jatuh di bawah mata, kita dapat membersihkannya dengan mudah.
 
Setelah melakukan 'Tutup Kening', kami membentuk semula kening dengan 'eyebrow pencil'. Solekan Spider Witch ini adalah ilham dari TimeFaces Hadiartz, namun atas permintaan Mai Suria yang pemalu ini kami tidak melakarkan 'spider Web' di dahi & di bawah mata, hanya seekor 'little spider' kami melukis di pipi sebelah kanan.
Puteri Chomel dengan tema : Arabian Lady.
Puteri Chomel wajah selepas disolek sebagai Arabian Lady..
Sarah Aziz dengan tema : Pirate Lady.
Sebelum memulakan solekan, pastikan wajah dibersihkan, rambut di kemas tepi & jangan lupa memakai apron di dada.
Teknik 'Shading' & 'Highlight' harus dilakukan dengan betul & kemas. ~ Melihat pada bentuk wajah, ada yang tidak berpuas hati. Pastinya yang bulat inginkan wajah bujur, yang cengkung mahu dilihat lebih berisi dan sebagainya. Untuk menutup kelemahan pada wajah, sebenarnya ada caraya iaitu dengan menggunakan solekan. Solekan mampu mengubah bentuk wajah seperti yang anda inginkan. Meskipun ia dilihat sebagai ilusi, tetapi percayalah anda pasti berpuas hati.
Untuk mendapatkan bentuk wajah yang ingini, anda perlu mencuba teknik yang disarankan ini iaitu ‘Shading’ & 'Highlight'.Teknik ‘Shading’(pembentukan pembayang wajah) & 'Highlight' memberi impak yang besar dalam kecantikan sebenar wajah anda.
Solekan mata baru saja bermula ...menggunakan warna2 dari Miss Rose 3D.
Masih di dalam proses untuk 'blend colors'..
Salah seorang student~ Amy dari TimeFaces Hadiartz beliau  diberi peluang merasai pengalaman & membuat 'HairDo' untuk Sarah Aziz.

Sarah Aziz selepas solekan dibuat sebagai Pirate Lady..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan