Isnin, 1 Ogos 2011

BUKU MAKEUP untuk ANDA !!!

TIPS DAN CARA MAKEUP YANG BETUL


Promosi untuk pengunjung Blog ini... RM40 sahaja- termasuk poslaju + 10 Facechart untuk latihan Basic to Advance. Lebih daripada 100 muka surat berwarna
(harga sebelum nie RM49.90 tidak termasuk facechart)
DAPATKAN SEKARANG SELAGI STOCK MASIH ADA !!!...

Izinkan saya untuk memperkenalkan diri. Saya Harum Kasturi, memperkenalkan hasil titipan secebis pengalaman dan ilmu-ilmu solekan yang dapat dipaparkan didalam buku ini. Ia sebuah buku yang tercipta ketika saya ingin berkongsi dengan anda mengenai topik-topik seperti kecantikan, kecergasan, kepercayaan diri, dan lebih dari kesejahteraan semua, serta kemas peribadi tentang kehidupan saya dan banyak lagi topik-topik dan kategori baru akan hadir jika buku ini mendapat perhatian anda semua!..

Di arena bidang solekan, saya tidak profesional, dan saya tidak menuntut sebagai seorang profesional, tetapi sepanjang lebih 12 tahun saya telah mengambil banyak tips, trik dan petunjuk dari pro maka saya ingin berkongsi pengalaman mereka semua dengan anda! Selama saya merantau di beberapa tempat di luar negara seperti China, Japan, Korea, Paris, Cape Town, New York, Los Angelas, Australia (Sydney, Brisbane, Melboune, Darwin), Austria- Viena/Munich, Sweden, Canada, New Zealand, London, Frankfurt dan serantau negara yang lain. Bermacam-macam orang dengan pelbagai cara pengayaan makeup mengikut trend/citarasa negara mereka masing-masing. Setiap negara mempunyai keunikan serta pengayaan yang cantik. Namun adakah ianya sesuai dengan cara solekan bagi kita dia negara Asia / Nusantara terutama MALAYSIA??? Sesuai atau tidak ianya terpulang pada diri kita yang ingin mencorakkan industri solekan disini (Malaysia) dan pengalaman saya semasa di luar negara inilah akan saya kongsi pada anda semua sekirannya mendapat sokongan ANDA...........

Saya berharap anda boleh menggunakan pengalaman ini untuk kemahiran anda dibidang solekan. Tujuan saya adalah untuk membuat setiap orang menjelajah dan membawa putri atau ratu batin anda (inner beauty) dan mula untuk benar-benar merasa seolah-olah anda adalah seorang yang ISTIMEWA!

Kebanyakan orang menganggap solekan digunakan untuk benar-benar mengubah penampilan seseorang untuk sesuatu yang orang mungkin tidak, dan itu tidak akan berlaku!. Solekan adalah alat yang kita gunakan untuk menonjolkan bahagian kegemaran dari wajah kita. Kita mencipta kenaikkan tulang pipi sedikit, garis bibir untuk kelihatan seksi dan membuat solekan mata anda meraih pandangan orang, tapi masih tetap setia pada keindahan ciptaan ALLAH S.W.T terhadap kita sebagai umatnya.

Warna-warna natural adalah cara sempurna untuk anda melihat perbandingan warna yang sesuai dengan tona warna kulit kita. Ini adalah warna yang biasanya dapat ditemui di wajah, jadi menggunakan warna natural untuk menonjolkan ciri-ciri dan menarik perhatian. Warna-warna natural termasuk warna seperti - coklat, emas, tembaga, kelabu dan bahkan orang yang berkulit gelap atau sawo matang juga sesuai dengan warna tersebut.

Solekan kegemaran saya untuk paparan sehari-hari adalah ‘smokey eye’ dengan warna bibir natural ataupun warna terang. Sebenarnya tiada batas untuk anda menggunakan warna bibir yang terang untuk solekan ini, oleh itu beranikan diri untuk mencuba!.

‘Smokey Eye’ mudah untuk dilakukan dan tidak begitu memakan masa kerana ianya cukup menarik, ia juga bersesuaian pada semua keadaan. ‘Nude lips’ adalah satu cara solekan yang bagus dan bersesuaian dengan solekan mata anda, kerana anda mengambil perhatian dari bibir anda. Ini adalah salah satu teknik untuk kelihatan lebih muda dari usia sebenar anda.

PASTINYA! solekan dapat memberi keyakinan dan percaya diri, anda boleh memakai apapun warna pilihan anda, tetapi saya mengesyorkan solekan ‘Smokey Eye’ dengan ‘Nude Lip’, hanya untuk tujuan kelihatan muda. Kebanyakan orang cenderung untuk mencuba kelihatan lebih muda, bibir yang seksi dan membawa jauh usia sebenar untuk di lihat dari dekat.
Harapan saya, anda semua dapat menikmati pengalaman serta panduan ikhlas dari saya untuk anda yang di hormati.. Semoga anda kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan diri yang tinggi.

Harapan saya pada semua yang mengikuti buku solekan ini secara teori dan kemudian menghadiri beberapa siri kursus solekan bersama saya secara praktikalnya, dengan sedikit keyakinan pada diri anda akan mampu memulakan SOLEKAN / MAKEUP untuk beberapa acara seperti Majlis Perkahwinan / Pertunangan, Solekan Harian ke tempat kerja dan Majlis Makan Malam. Sekiranya anda berminat untuk menjadikan solekan ini sebagai kerjaya maka saya akan berkongsi pengalaman saya didalam beberapa siri kursus makeup lanjutan (advanced) bagi anda dapat membuat solekan seperti Stage Show (pentas), Make up untuk siaran TV, Photoshoot untuk indoor/outdoor, Solekan untuk Filem dan sebagainya.

Antaranya didalam Buku ini..

Perkara Utama Sebelum Memulakan Solekan :

1. Mengenal raut muka :

~ Bentuk Muka

~ Bentuk Kening

~ Bentuk Mata

~ Bentuk Hidung

~ Bentuk Bibir

2. Mengenal warna kulit.

3. Mengenal jenis-jenis kulit ( untuk menyesuaikan jenis solekan).

4. Cara mencuci kulit muka yang betul

JENIS-JENIS KULIT

Kulit terbahagi kepada 5 bahagian :

1. Kulit Kering (Dry Skin)

2. Kulit Berminyak (Oily Skin)

3. Kulit Normal (Normal Skin)

4. Kulit Campuran (Combination Skin)

5. Kulit Sensitif (Sensitives Skin)

  1. Kulit Kering

Kulit kering selalunya nipis dan halus (fine textures) dibahagian eperdemis dan sensitif, terdapat tanda kedut-kedut halus (fine ~vrink1es) dibahagian dahi, tepi mulut, tepi mata, dan dibahagian leher. Selain itu terdapat urat- urat halus (broken capillaries) pada kulit kering. Apabila menggunakan pelembab (moisturizer), solekan (make-up) akan kelihatan bertompok- tompok. Kekeringan kullt adalah disebabkan oleh terkena panahan cahaya matahari, terkena tiupan angin yang kering yang menyebabkan kehilangan kelembapan pada kulit muka, kurangnya pengaliran sebum (natural oil) dan juga disebabkan oleh pengambilan makanan (diet) yang tidak seimbang. Sekiranya dicuci kulit muka akan rasa perit dan pedih.

  1. Kulit Berminyak

Kulit berminyak selalunya kelihatan berminyak dibahagian tengah muka iaitu di dahi, hidung dan kawasan dagu. Keadaan kulit tebal (thick) dan course texture. Kulit berminyak mudah ditumbuhi jerawat, bintik-bintik halus, terdapat blackhead, whitehead, jika tidak dirawat jerawat ini ia akan menjadi jerawat besar dan bernanah (acne) ynag mana akan merosakkan kulit hingga ke kawasan leher dan muka kelihatan sembab. Tanda-tanda lain akan kelihatan seperti liang-liang roma yang terbuka (open pores). Kulit berminyak disebabkan oleh aktifnya pengaliran sebum (natural oil), dan selalunya mereka yang mempunyai kulit yang berminyak akan mempunyai rambut yang berminyak (greasy hair).

  1. Kulit Biasa

Kulit ini adalah kulit yang paling elok, dimana pengaliran sebum dan peluh (sweat glant) yang seimbang. Keadaan kulit yang halus, tiada blackhead, jerawat dan masalah lain.

  1. Kulit Campuran

Kulit campuran ialah kulit yang bercampur diantara kulit kering dan kulit yang berminyak, kadang-kadang ia juga bercampur dengan kulit yang normal. Tanda-tanda kulit berminyak ialah ia akan berminyak dibahagian tengah muka muka iaitu didahi, hidung dan dagu (T-zone). Dibahagian yang berminyak mudah ditumbuhi jerawat, blackhead, whitehead, bintik- bintik dan terdapat liang-Iiang (open pores) . Ini adalah disebabkan oleh aktifnya pengaliran sebum dibahagian tengah muka, kulit akan kering ketika pada umur 25 tahun keatas, terutamanya dibahagian mata.

  1. Kulit Sensitif.

Keadaan kulit sensitif selalunya halus dan nipis. Kulit jenis ini selalunya alah kepada bahan kosmestik dan bahan kimia. la mudah dikenali dengan terdapatnya urat-urat halus (varicous-vains) di permukaan kulit.



Bahan-bahan Didalam Solekan Mata Dan Kegunaannya.

1. Pembayang Mata (Eye Shadow)

Eyeshadow adalah disediakan dalarn bentuk :

~ Batang (Stick)

~ Cream

~ Cake

~ Tepung (powder).

Eyeshadow terdiri daripada berbagai-bagai warna seperti biru, kelabu, ungu, hijau, coklat, kuning emas, putih dan lain-lain. Mata akan kelihatan bersinar dan redup apabila menggunakan eyeshadow, biasanya eyeshadow disesuaikan dengan warna mata, pakaian dan tempat, diwaktu siang warna yang digunakan sederhana sahaja. Tetapi diwaktu malam lebihkan sedikit.

2. Celak Mata (EyeLiner)

Eyeliner digunakan untuk membuat garisan diatas kelopak mata yang berhampiran dengan bulu mata. la boleh didapati dalam bentuk 'stick', cecair dan 'cake' didalam kotak bersama dengan berusnya sekali.

Eyeliner dibuat dengan warna gelap seperti cok1at dan hitam. Warna ini bersesuaian dengan kebanyakkan warna eyeshadow, tapi apa yang mesti diingati warna eyeliner hendaklah sama dengan maskara yang hendak digunakan.

3. Celak Kening (EyeBrow Penci1)

Celak pensil ini digunakan untuk mengubah garisan luar bulu kening terutamanya selepas dicabut dan membuat kesan tinggi. la boleh digunakan untuk menghitamkan bulu kening yang nipis dan dikawasan yang kurang bulu kening dan membetulkan bulu kening yang salah bentuknya.

4. Maskara

Maskara ada disediakan didalam bentuk cecair pekat, cake dan krim. Ada yang berwarna hitam, coklat, biru hitam, ungu dan lain-lain. Apabila disapukan pada bulu mata , bulu mata akan kelihatan lebat dan panjang, ia juga boleh rnenghitamkan bulu mata.

Sekiranya menggunakan maskara, celak pensil yang digunakkan pada bulu kening hendaklah sama warna. Bulu mata hendak1ah dibubuh warna yang gelap / hitam, elakkan menggunakan warna yang terlalu cerah.












14 ulasan:

  1. NAK ODER BUKU MAKEUP HOW?

    BalasPadam
  2. nak order boleh sms saya 0129303077 type : order buku tips makeup.

    Atau bank in RM40 termasuk postage ke Maybank2u - 112399106101 or CIMB - 12710008151526 di atas name Ahmed Zazley.

    BalasPadam
  3. Bilangan buku sekarang terhad...

    BalasPadam
  4. nk order buku makeup..

    BalasPadam
  5. area penang klu nk order blh ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh order dgn sms saya 0129303077. thanks.

      Padam
  6. Masih ada lagi.. klu berminat sila sms saya 0129303077. Thanks.

    BalasPadam
  7. salam, buku ni msih ade lagi ke??

    BalasPadam
  8. Buku ada lagi sila hubungi saya 0129303077.

    BalasPadam
  9. sy brminat gak.... skarang ada lg x??

    BalasPadam
  10. masih ada lagi kalau sesiapa berminat hanya perlu sms saya 0129303077.. Thanks.

    BalasPadam
  11. salam..sy berminat..buku ni masih ade lg tak?

    BalasPadam
  12. Buku ini masih ada lagi tetapi terhad.. berminat boleh sms 0176997823 dan kami akan berikan detailsnya...

    BalasPadam