Selasa, 28 Disember 2010

MAKEOVER 3



















Mengenai Pengantin:

~ Mempunyai jenis kulit Campur (combination skin) di samping itu kulit wajah yang tidak sekata kerana bekas2 jerawat.

~ Wajah harus di bersihkan dahulu sebelum memulakan solekan. Kita harus tahu untuk menutup cela2 di wajah dan membentuk raut wajah agar tidak kelihatan bulat!..Teknik ‘Shading adalah penting untuk menutup kekurangan bentuk wajah pengantin.

~ Pembentukkan kening haruslah bersesuaian dengan bentuk wajah agar ‘Kelembutan’ raut wajah pengantin lebih TERSERLAH!! Anda juga harus tahu bagaimana untuk menutup bulu kening yang tidak dikehendaki di dalam proses pembentukkan/melukis bulu kening , jika pengantin tidak mahu kening mereka dicabut ataupun dicukur!..

~ Pemilihan warna pembayang mata dan juga pemerah pipi haruslah seiring ataupun mempunyai kesesuaian antara satu sama lain dan begitu juga warna lipstik.

~ Walau apa pun jua warna pilihan anda , seharusnya ia bersesuaian dan mengikut ‘TREND’ terkini..TETAPI jangan sehingga keterlaluan!!!.

~ akhir sekali pemilihan pemakaian ‘Tradisional’ haruslah BETUL..jangan sesekali anda cuba untuk mencampur adukan cara pemakaian tradisional dengan moden..Pengetahuan di dalam pakaiaan/persalinan dan aksoseri tradisional haruslah betul dan mengikut tertibnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan