Sabtu, 2 Julai 2011

FOUNDATION OH FOUNDATION !!

Bagi yang telah ataupun tidak pernah mendengar tentang kewujudan produk ini.. Memperkenalkan foundation yang sememangnya diperakui keberkesanannya! Ya!! Timefaces Hadiart’s memang menggunakan produk ini di dalam solekan. SEMESTINYA!! Teruja untuk menggambarkan produk ini, Mudah.. Jimat.. Hebat !!

Produk bedak asas ini asalnya dari Jepun tetapi kini buatan China..amat memberansangkan penjualannya kerana produk buatan mereka tidak kurang hebatnya. Pasti ada yang memandang rendah dengan produk yang dibuat di negara China bukan?.. Kini anda perlu buang persepsi itu sejauhnya kerana produk ini memberi kesan yang baik buat anda, ‘Pencinta Solekan’.. Cuma..kelikatan produk ini agak berbeza berbanding dengan buatan Jepun ia lebih pekat dan tidak berminyak serta tidak mempunyai satu bauan!!..

Bagi kulit yang putih cerah kod warna 130, 140 dan 141 adalah terbaik buat anda.. Bagi kod warna 150 dan 151, ianya sesuai bagi mereka yang berkulit sederhana atau tanned.. Bagi mereka yang berkulit agak gelap, warna 152 atau 153 sudah pasti hebat buat kamu.. Kod warna 161 adalah bagi mereka yang berkulit kuning langsat.. Rangkaian bedak asas ini juga hadir dengan dua tona warna yang istimewa iaitu warna putih dan hijau yang dilabel 181 dan 171 bagi menutupi cela yang serius seperti kemerahan atau bekas jerawat yang serius..

Kod warna dan kesesuaian pada setiap jenis kulit adalah seperti yang diuar-uarkan di sumber review lain yang wujud di media cetak atau di blog-blog kecantikan yang lain..

setuju dengan fungsi setiap warna foundation ini, namun TIMEFACES HADIART’S mencadangkan agar anda lebih bijak dan kreatif apabila menyapu foundation ini..

Tips dari TIMEFACES HADIART’S ;

Warna 151 adalah pilihan bijak bagi anda semua kerana ianya mempunyai tona warna yang boleh dikategorikan sebagai ‘Universal’ kerana ia sesuai pada setiap jenis tona kulit.. Warna 150 pula sesuai bg melakukan ‘shading’ dan kesan ‘shading’ itu lebih natural dan tidak keterlaluan. Namun begitu, warna paling gelap iaitu 153 juga sesuai bagi melahirkan kesan ‘shading’ yang dramatik.. Anda harus bijak ketika membeli dan menggunakan bedak asas ini supaya warna yang dipilih benar-benar kena dengan kulit anda ataupun pelanggan..Satu lagi Tips, bagi mereka yang tidak mempunyai kulit benar-benar cerah/putih tidak digalakkan menggunakan kod 181 ini kerana kulit wajah anda akan kelihatan Putih!! dan tidak kelihatan natural jadi untuk ia kelihatan NATURAL anda harus membalas dengan ‘Loose Powder’ atau ‘Two-Way Cake’ yg agak gelap sedikit!. Nantikan Tips seterusnya daripada TIMEFACES HADIART’S mengenai bedak asas yang lain!!..

Sebelum itu, pasti semua tertanya-tanya di mana dan bagaimana hendak mendapatkan produk ini bukan? Anda boleh mendapatkan produk ini secara online yang mana banyak usahawan internet yang menjual produk ini dalam lingkungan harga RM40-RM70 bergantung ada lokasi.. Namun, berita baik buat pembaca BLOG TIMEFACES, anda boleh mendapatkan produk ini dari kami degan tawaran harga yang berpatutan dan ORIGINAL!! Anda Cuma SEND SMS :012 9303077


2 ulasan:

  1. wah..begitu rupanya pemilihan foundation sngt penting dlm solekkan ;)

    BalasPadam
  2. Ianya amat penting untuk menghasilkan yg terbaik dan melindungi kulit muka drpd sinaran UV.

    BalasPadam