Khamis, 7 Julai 2011

Tips Solekan : Pemakaian Foundation

Reactions:


TIMEFACES HADIART’S ada membincangkan mengenai perkara ini. Kita telah diperkenalkan dengan penggunaan base’ didalam solekan bukan? Adakah anda telah mendapatkan baseyang sesuai untuk wajah anda? Perlu diingatkan sekali lagi penggunaan base amat penting kerana ia akan memberi kesan yang lebih menarik serta cantik jika dipakai sebelum anda semua menyapu foundation ke wajah anda.

Bercakap mengenai foundation, kali ini TIMEFACES HADIART”S akan membincangkan tentang pemakaian foundation secara betul dan berkesan. Foundation merpakan asas utama dalam seni solekan. Seperti semua sedia maklum, penggunaan foundation secara betul dan teratur akan menjadikan wajah kita lebih sempurna. Setelah foundation disapu, wajah kita akan berubah menjadi selembar kanvas yang halus serta mulus yang sedia untuk dicorakkan.

Foundation terbahagi kepada beberapa jenis iaitu yang berunsur cecair (liquid), krim, stik (stick), mousse dan beberapa jenis yang lain. Jenis foundation yang akan diguna bergantung kepada kondisi kulit anda sendiri. Namun ada sesetengah antara kita semua membeli foundation setelah menonton iklan di TV ataupun terpengaruh kepada kata-kata jurujual. Harus diingat, jenis foundation bergantung kepada kesesuai kulit kita dan juga kondisi kulit itu sendiri.

Apabila anda membeli foundation, anda perlu mengenal pasti dahulu jenis serta kecenderungan kulit anda. Jika anda berkulit kering, pilihlah foundation berunsur krim atau stick. Foundation berunsur cecair amat sesuai kepada kulit normal serta berminyak. Namun sila pastikan anda memilih foundation yang bahan pembuatannya berunsur air. Bagi kulit yang cenderung berminyak, foundation yang berunsur mousse lebih sesuai kerana ia terdiri daripada bahan bebas minyak dan matte finished.

Selain itu, anda perlu menitikberatkan warna foundation apabila membeli foundation untuk wajah anda. Sebagai tips, kulit yang cerah, pilihlah foundation yang bertona cerah/light. Tona warna medium sangat sesuai pada yang berkulit sawo matang manakala yang berwajah cenderung kepada gelap, sila pilih warna dari kumpulan tona deep. Jika anda mahu selamat, pilih warna natural supaya wajah anda tidak kelihatan seperti tepung gomak semasa bersolek. Pada kaum lelaki pula, warna natural adalah yang paling sesuai kerana warna ini mampu mengelakkan anda daripada kelihatan seperti memakai topeng.

Tips memilih warna yang sesuai bagi anda ialah dengan menyapu sedikit foundation yang mahu dibeli di bahagian rahang atau di dahi anda sendiri. Kerap kali kita mencuba foundation di pergelangan tangan. Awas, kulit wajah masih kulit wajah, tidak akan sama dengan kulit tangan! Setelah menyapu foundation pada rahang atau dahi, Perhatikan! Jika warna yang disapukan kelihatan seakan-akan dengan warna asli kulit, Itulah warna yang paling sesuai untuk anda. Mudah bukan?!

Apabila mengaplikasi foundation, pastikan anda menyapu seluruh wajah anda dengan foundation secara merata dan tidak bercapuk-capuk. Gunakan span yang sesuai apabila menyapu foundation. Berus khas yang dikenali sebagai foundation brush juga bagus digunakan. Jika anda menggunakan foundation blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih bagus serta kompleksi wajah juga terserlah. TRUST ME!!!

Berbincang mengenai jenama foundation yang ada di pasaran kini, terlalu banyak jenama yang mengeluarkan foundation, yang paling kita ketahui ialah MAC bukan? Tetapi anda juga perlu tahu terdapat ratusan jenama yang ada dalam pasaran dewasa ini. Jenama seperti, Kryolan, Benefit, Stage, Bobbi Brown, Profesional dan beberapa jenama yang gah lain turut mendapat perhatian para jurusolek serta pencinta solekan. Namun, harga satu-satu foundation keluaran jenama di atas agak tinggi.. Tetapi, bagi anda yang budget sederhana, jangan risau, jenama seperti Maybelline, Revlon, Sari Ayu, Mustika Ratu, Elianto juga bagus serta harganya sungguh berpatutan dan mampu dimiliki! Kualitinya juga tidak kurang hebat.

Berikut adalah antara jenama serta jenis foundation yang terdapat di pasaran yang menjadi pilihan TIMEFACES HADIART’S.


Jenama: Kryolan

Jenis: Stick

Harga: RM90++ Kepuasan Penggunaan :95%

Jenama: Benefit
Jenis: Stick
Harga: RM120++Kepuasan Penggunaan : 90%

Jenama: Maybelline
Jenis: Mousse
Harga: RM30++
Kepuasan Penggunaan : 80%

Jenama: MAC
Jenis: Stick
Harga: RM120++ Kepuasan Penggunaan : 95%

Jenama: MAC
Jenis: Liquid
Harga: RM120++
Kepuasan Penggunaan : 95%

22 ulasan:

  1. berminat la nk try foundation brand mac ni.. huhu~ sy xpnh try.. sll guna stick kryolan

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..Diyana,
    Fdtn Kryolan & MAC lebih cantik jika pandai 'BLEND'.Contoh:Saya guna stick dulu..dah stick betul2 rata, saya baru letak supra..akhir sekali MAC Minrlz Skin Finish(liquid).Hasilnya sgt cantik & ia lebih 'Glow'.Harga Kryolan & MAC lebih kurang saja. Tetapi jika Diyana ingin memilih Fdtn utk kegunaan harian..Saya suggestkan mencuba Naturactor.Bahan2nya adalah dari Minyak jojoba & Beras dari Jepun.Jadi ia tiada bahan kimia yg boleh memudaratkan/memudarkan tona kulit wajah jika selalu menggunakannya.Harganya jauh berbeza murah dari Kryolan & Mac.Kesannya:wajah bersih & glow kerana fdtn ini mampu menutup cela2 diwajah.Ia juga tahan max.10jam.Sesuai juga utk kulit sensitif.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, lepas letak stick, baru letak supra.. supra tu kita sapu ke seluruh wajah jugak ker guna span? liquid pula mcm mana ek? tq..

    BalasPadam
  4. Waalaikummusalam..Kepada Yg Bertanya,
    TIPS PENGGUNAAN FDTN:
    1~ SUPRA + LIQUID FDTN(YG ANDA MILIKI)
    ~Sapukan SUPRA sikit2/nipis & ratakan keseluruhan muka, kemudian baru pula disapukan LIQUID FDTN sama ada menggunakan span ataupun Fdtn Brush.

    2~ STICK FDTN(YG ANDA MILIKI)+ SUPRA + lOOSE POWDER MINERALIZE (ANY BRAND ).FOR FINISHING.

    3~ DERMACOLOR + FDTN STICK + NATURACTOR.
    (mix utk dptkan warna kulit yg exactly sama utk nampak natural).

    * Untuk penyapuan Liquid Fdtn sebaik2nya gunakan FDTN BRUSH.
    * FDTN STICK gunakan span yg bersesuaian begitu juga dengan CREAM FDTN sebaik2nya gunakan Span Latex.
    Semoga dengan TIPS yg ringkas ini, dapat membantu Anda didalam aplikasi fdntn dengan BETUL & TEPAT supaya dapat menjadikan mekap lebih kemas & skin nmpak flawless.

    BalasPadam
  5. kulit saya berminyak..berkulit kuning langsat..teringin nk cuba supra..boleh ke..warna apakah yg sesuai untuk foundation dan bedak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau muka berminyak tidak sesuai utk guna supra kerana akan

      Padam
  6. saya baru nak berjinak-jinak guna mekap. tumpang tanya,apa itu supra? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Supra adalah sejenis foundation tetapi oily base. Nk tahu details pasal makeup boleh sertai bengkel solekan kami.

      Padam
  7. asslm.. sya guna foundation MAC & guna berus MAC tpi slps sapuan sya rasa muka agak melekit dan sapuan tebal..
    Mungkinkah cara sya yg x betul?

    BalasPadam
  8. MAC terbaik.. tetapi jgn pulak beli yg tiruan

    BalasPadam
  9. Baru2 ini saya ade membeli foundation naturactor, mmg mnutup cela2 yg ada tp ada promoter kecantikkan bg tau yg foundation mcm tu boleh menutup liang2 roma n mengakibatkan jerawat.betul ke?boleh beri maklum bls mengenai ini

    BalasPadam
  10. Baru2 ini saya ade membeli foundation naturactor, mmg mnutup cela2 yg ada tp ada promoter kecantikkan bg tau yg foundation mcm tu boleh menutup liang2 roma n mengakibatkan jerawat.betul ke?boleh beri maklum bls mengenai ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam wanie, sebenarnya terjadinya liang2 roma tersumbat adalah mungkin kerana tidak mencuci muka dengan sebersih bersihnya. Selama ini, saya sendiri dan juga para pembeli Naturactor tidak mengalami masalah seperti yg disebutkan tadi. Walau apa pun jenis produk solekan sama ada mahal sehingga yg biasa, amalan kebersihan amat penting seperti kebersihan span latex, berus foundation mahupun penggunaan jari, haruslan bersih/dicuci sebelum dan juga selepas penggunaannya. Penjagaan alatan/tools solekan harus diberi penekanan sekurang2nya cuci sekali seminggu. Semoga ini dapat menjawab persoalan wanie.

      Padam
    2. T.ksaih ats maklum bls dr cik Hadia...tips yg diberikan amt bguna n boleh amalkn slps ini...

      Padam
    3. T.ksaih ats maklum bls dr cik Hadia...tips yg diberikan amt bguna n boleh amalkn slps ini...

      Padam
  11. Saya nk tnya supracolour ni jnis foundation kn....?sama mcm krim sun block tia amelia ke.....cnfise

    BalasPadam
  12. Ianya xsama mcm sun block. Kalau hendak foundation yg ada anti aging , lightweight , revitalizing , firming , protect skin from UV Ray and full coverage.... Dapatkan High Performance Foundation by FCC (Farmasi Color Cosmetics) just for RM60.90. Boleh order dgn kami.

    BalasPadam
  13. klu fcc plk foundation iquid no bp sesuai utk pengantin

    BalasPadam
  14. Assalam..boleh bagi no tel..saya berminat nk order

    BalasPadam