Google+ Followers

Khamis, 12 Januari 2012

Bagaimana Mencari Solekan Asas Tona Kulit Dengan Tepat ?


Terdapat 4 Jenis Kulit: Normal, Berminyak, Kering atau Kombinasi kedua-dua jenis kulit yang dinyatakan tadi. Bagaimana untuk mengetahui kulit jenis apakah anda? TIPS : Cuci muka anda sebersih bersihnya dengan produk pencuci muka bebas minyak, bilas muka anda dengan air suam. Lap muka anda kering dan jangan disapukan dengan apa-apa produk. Mencari solekan asas tona kulit yang tepat adalah tidak sukar seperti yang kita sangkakan. Mungkin terlalu banyak produk di pasaran yang mengelirukan di dalam membuat pilihan.
Di sini Timefaces Hadiartz ingin berkongsi ‘TIPS’ memilih solekan asas yang sempurna untuk anda..


Mengapa Perlu Bersolek ?
KENAPA ANDA PERLU BERSOLEK? Untuk menyembunyikan/menutup kecacatan, bintik2, kedutan dan juga tona kulit yang tidak sekata, suram, kapilari darah yang jelas kelihatan dan sebagainya.(Ini adalah diantara Jawapan yang diberi oleh KEBANYAKKAN WANITA di luar sana). Adalah penting untuk anda mengetahui/mempelajari sedikit sebanyak ilmu di dalam teknik solekan untuk menutup cela-cela di wajah anda. Jika anda mempunyai bintik-bintik merah, cuba aplikasikan foundation (hijau) untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang putih/cerah manakala bagi mereka yang mempunyai tona kulit yang sederhana gelap ke sawo matang  foundation  (kuning)  adalah pilihan anda sebelum memakai alat solek. Dengan cara ini, bintik-bintik warna merah tidak akan kelihatan begitu ketara, dan lapisan foundation serta solekan boleh diaplikasikan secara nipis dan lebih kelihatan semulajadi (natural).
Begitu juga cara yang sama diaplikasikan terhadap garis-garis kedutan di sekitar mata, hujung kiri kanan bibir dan dahi yang boleh ditutup dengan  produk solekan ‘FILLER’ yang terdapat di mana-mana kuanter jualan produk solekan.

Kenali Jenis Kulit Anda !

Selepas kira-kira sejam, sentuh muka anda. Adakah ia kering? Adakah berminyak apabila disentuh? Jika kulit terasa kering di beberapa kawasan dan berminyak pada bahagian lain - anda mempunyai kulit kombinasi .


Jenis Solekan Asas Apakah Yang Bersesuaian ?

Apakah jenis solekan asas (foundation), adalah bergantung kepada jenis kulit anda. Gunakan solekan asas sebagai tambahan kepada kulit anda. Jika anda Kulit Berminyak, anda perlu melihat formula ‘Oily Free’ pada produk solekan asas ataupun jenis bedak debu(powder) yang sesuai untuk jenis kulit anda. Solekan Asas (foundation) berasaskan Mineral juga sesuai melawan minyak berlebihan untuk kulit jenis berminyak. Cecair dan krim (liquids & creams) akan menambah kelembapan pada kulit, dan amat sesuai digunakan oleh anda yang mempunyai Kulit Kering atau Terlalu Kering. Jika anda mempunyai Kulit Kombinasi, anda mungkin mendapati bahawa menggunakan lebih daripada salah satu Solekan Asas seperti dinyatakan tadi sesuai untuk anda. Mereka yang mempunyai Kulit Normal boleh menggunakan mana-mana produk yang mereka selesa dengannya..

Memilih Warna-Warna Yang Sesuai Dengan Anda..

Terdapat banyak rangkaian warna-warna pilihan di luar sana! dan ia sangat mengelirukan anda, ini kerana setiap syarikat-syarikat kosmetik mempunyai cara tersendiri untuk mengkategorikan rangkaian warna-warna solekan asas produk mereka.

Berikut adalah beberapa ‘TIPS’ dari Timefaces Hadiartz ‘Pelajari & Amalkan’ :


Apakah Warna Urat Anda ?
Jika urat anda kelihatan biru, warna kulit anda daripada kategori KUNING (yellow family), dan Warna-Warna Sejuk/ "Cool" adalah pilihan Tepat!! untuk anda.. Jika urat anda kelihatan HIJAU, anda tergolong dalam kategori MERAH JAMBU (pink family) dan anda sangat sesuai dengan Warna-Warna Panas/"Warm". Mereka yang terdiri dari Warna-warna Panas(Warm) juga sesuai dengan warnaBeige’, Buff’ atau Merah Jambu’. Warna-warna Sejuk(Cool) adalah Warna Kuning seperti Emas(golden)’, ‘Zaitun(olive)’ atau Perang Kemerah-Merahan(rosy brown)’.

Kaedah lain adalah dengan memegang sekeping kain berwarna emas dan perak di sebelah pergelangan tangan anda untuk melihat reflek warna urat-urat anda. Jika urat anda mempunyai nada biru di atas permukaan kain berwarna perak(silver) pilihlah Warna-Warna Sejuk, jika ternyata urat anda nada hijau di atas permukaan kain emas(gold) Pilihlah Warna-Warna Hangat.

Kini anda sudah ketahui bagaimana memilih Warna-Warna Solekan Asas (foundation) yang sesuai dengan Tona kulit Anda. JANGAN!! Sesekali cuba menukar warna Tona kulit anda dengan Warna Solekan Asas! Jika anda ingin kulit kelihatan sedikit Gelap (tanner look), gunakanlah ‘Bronzers’.
’TIPS’  lain ~ anda juga boleh mencuba dengan mengambil sedikit warna solekan asas dan sapukan di bahagian rahang pipi anda dan ‘Blend it well’ sehingga ke  bahagian leher atau anda juga boleh mencuba sapukan sedikit di atas dahi dan sapukan rata. Akhir sekali anda juga boleh mencuba sapukan sedikit warna solekan asas di pergelanggan tangan. Warna yang jelas kelihatan adalah warna solekan asas yang tidak sesuai dengan tona kulit anda!! Manakala!. warna solekan asas yang tidak kelihatan atau sama dengan warna tona kulit anda adalah pilihan warna solekan asas yang TEPAT!!..

2 ulasan:

  1. mintak semak semula fakta "apakah warna urat anda" kuning tergolong dalam famili warm bukan cool.. atau mungkin saya yg silap. thanks

    BalasPadam
  2. Fakta anda adalah betul : kuning tergolong dalam Famili warm...

    Fakta saya : Jika urat anda kelihatan biru, WARNA KULIT anda daripada kategori KUNING (yellow family), dan Warna-Warna Sejuk/ "Cool".

    Ianya adalah WARNA KULIT kategori Kuning. - Kulit mcm org cina , kulit kuning langsat.

    Warna Kuning adalah tergolong famili warm.

    p/s: terimakasih keprihatinan anda.

    BalasPadam

makeup

Loading...